“Bergenang air mata aku…” Bapa Sebak Selepas Nampak Tulisan Pada Beg GrabFood Anak

Setiap pekerjaan pasti mempunyai cabaran tersendiri sama juga seperti penghantar makanan. Selain harus berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan, mereka juga meletakkan diri dalam risiko kecelakaan jalan raya.

Iospital phone repair gombak

Ibu bapa penghantar makanan ini sudah pastinya risau akan keselamatan anak-anak mereka ketika keluar mencari rezeki. Mereka hanya mampu menitipkan doa dari jauh agar anak mereka sentiasa dilindungiNya.

Sama seperti bapa seorang rider GrabFood ini, dia telah menzahirkan rasa sebaknya menerusi satu video di TikTok selepas terjumpa satu tulisan di dalam beg makanan yang dibawa anaknya.

Rupa-rupanya, terdapat tulisan yang menggunakan marker pen memaparkan nombor telefonnya sebagai emergency contact yang ditulis (abah).

“Aku touching bila aku terbaca. Bergenang air mata aku bila aku ternampak apa yang anak aku tulis di bag.

“Ya Allah kau lindungi anak aku dalam urusan seharian keluar mencari rezeki. Jauhkan dari benda yang tidak dingini,” katanya apabila melihat tulisan di beg GrabFood anaknya.

Selain itu, dia juga mendoakan rider lain agar dipermudahkan urusan di atas jalan raya yang banyak halangannya.

“Anakku Grab Boy. Ya Allah lindungilah semua pekerja-pekerja penghatar makanan daripada benda tidak diingini. Amin,” doa si bapa itu.

Meninjau ke ruangan komen, warganet mendoakan agar anak lelaki ini selamat ketika keluar bekerja. Selain itu, mereka turut mendoakan buat rider-rider makanan yang lain.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“Anak saya pon tulis mcm ni senang jika berlaku apa2.. dijdkan cerita anak sy excident ada org awam yg kol kami (dia letak no saya & suami) memudhkan”

“semoga anak tuan sentiasa dilindungi allah dalam setiap pekerjaannya 🤲”

“Besar risiko jadi penghantar makanan, banyak duduk atas jalan 😔 Semoga semua rider dilindungi selalu.”

Video yang tular di laman TikTok

@mijikofruito Anakku Grab Boy..Ya Allah kau lindungilah semua pekerja2 penghantaran daripada benda tidak di ingini.Aamiin#Grabfood #foodpanda #lalamove #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio