“Semua doorgift dibakar,” Berjauhan Alasan Kerja, Gadis Kecewa Tunang Kahwin Lain

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya memasang niat untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan menjadi suami isteri yang sah.

Malah, segala persiapan yang rapi telah dirancang oleh kedua-dua pihak bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar.

Namun, tidak semua yang dirancang akan menjadi kenyataan dan kita sebagai hambaNya perlu akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

Seperti perkongsian sebuah video yang meraih perhatian ramai dikongsi seorang gadis dikenali sebagai Dewi Sartika di laman TikTok, berkongsi kisah yang cukup meruntun hati.

Kisahnya bermula apabila, tunangya yang dicintai selama ini dipercayai telah berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

“Memaafkan sudah aku lakukan tapi luka di dalam hati tak pernah hilang.

“Bukan hanya aku yang sakit, tapi keluarga aku turut sakit terutamanya emak aku sendiri yang tabah membesarkan aku tanpa kehadiran ayah di sisi.”

Gadis ini turut menjelaskan, sebelum ini dia mendapat berita bahawa bakal suaminya akan meninggalkannya selama tiga bulan berikutan tuntutan kerja.

Namun, dia ketika itu terpaksa akur, reda dan menunggu dengan sabar kepulangan bakal suaminya.

Tidak berakhir di situ, lelaki itu juga sempat menitipkan pesanan terakhir untuk menunggu kepulangannya sebelum menguruskan hal-hal perkahwinan mereka.

“Tunggu saya pulang, dan saya akan jemput awak bagi menguruskan hal-hal perkahwinan.”

Bagaimanapun, penantian itu menjadi sia-sia apabila lelaki tersebut dipercayai telah berkahwin dengan wanita lain dan perkara tersebut disampaikan sendiri oleh jiran lelaki berkenaan.

“Kau telah bersanding dengan wanita lain, bukan dari mulutmu sendiri aku tahu, tapi mulut jiran-jiranmu.”

 

@dewi_ssartikaMemaafkan sudah kU lakukan tapi goresan di hati tak akan pernah hilang ##powerAwesome ##fypdong♬ original sound – temannya reyna – Gibahin Ikatan Cinta

Apa yang lebih mengejutkan, apabila gadis cekal mengambil keputusan untuk membakar wedding gift dan segala hantaran yang telah disediakan sebelum ini.

@dewi_ssartikaBukan hanya aku yang hancur tapi keluarga besar ku terutama mamak ku yang berjuang beberapa tahun ini membesarkan kU tanpa papa 😭##fyp♬ Mencari Cinta Sejati Cover Fadhilah Intan – π

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat buat gadis ini supaya terus cekal dengan apa yang telah terjadi.

Default image
admin
Articles: 831