Berlari & Kayuh Basikal Sampai Beribu KM, Lelaki Hampir Maut Terpaksa Bedah Perut

Setiap orang mempunyai hobi dan minat yang berbeza -beza. Tujuannya adalah untuk mengisi masa lapang dan memberi kepuasan seperti berlari, main badminton, kayuh basikal dan banyak lagi.

Sejak akhir-akhir ini, lita dapat lihat ramai yang berbasikal untuk beriadah bersama rakan-rakan.

Sama juga seperti cerita seorang lelaki ini, namun minat itu bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Nazirul Anwar telah berkongsi kisah pahit yang perlu ditelannya di Facebook baru-baru ini telah mendapat perhatian warga net.

Menurut Nazirul, selepas ini tiada lagi aktiviti yang akan dilakukan setiap hari kerana doktor melarangnya untuk melakukan aktiviti lasak seperti bersukan.

“Lepas ni cuti panjang, teda suda aktiviti pagi dan petang. Doktor dah nasihatkan 3-6 bulan jangan buat sebarang aktiviti lasak termasuk angkat berat dan bersukan.”

Katanya dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan hernia atau dipanggil usus turun. Penyakit itu adalah disebabkan oleh terlalu banyak latihan dilakukan dengan penekanan usus di bahagian otot yang lemah.

“Baru-baru ni sy kena operation, buat sy sedar jgn overtrain. Penyakit saya bukan 100% drpada bersukan, tetapi dia menjadi bertambah kronik disebabkan sy bersukan tak ingat dunia.”

Nazirul juga memberitahu semenjak isteri dan anak-anaknya jauh dimata, dia meluangkan masa untuk bersukan secara berlebihan dengan melakukan aktiviti larian sebanyak 367km dalam sebulan dan berbasikal sejauh 1300km dalam masa seminggu sahaja. Kini dia berasa kesal kerana menyusahkan keluarganya untuk menjaga dirinya.

“Mentang2 anak bini jauh, duduk sorang2, habis pagi petang dihantam. Skrang menyusahkan anak bini suda, bikin durg risau ja”

” Ingat ya kawan-kawan, bersukan utk kesihatan bukan kesakitan. Cukup lah sehari sekali atau seminggu 5kali buat aktiviti. Elok2 sihat jadi sakit pn ssh juga.”

Tambah Nazirul, ramai yang bertanya bagaimana hal itu boleh terjadi sehingga dia mempunyai risiko kematian dan itu adalah disebabkan Hernia.

“Ramai yang tanya sakit apa? mcm mana bulih jadi? Tiba-tiba sakit, sampai di kecemasan doktor bilang kna operation sebab ada risiko kematian.”

” Katanya indirect hernia, usus menekan dinding perut yang lemah.”

Doktor juga turut bertanya sama ada dia ada melakukan pekerjaan yang berat, merokok atau masalah batuk kering namun katanya dia tidak membuat sebarang aktiviti itu kecuali dengan melakukan senaman berat seperti tekan tubi  setiap pagi dan petang.

Menurutnya lagi, kemungkinan senaman yang dibuat secara berlebihan itu telah memberi impak yang sangat teruk buat organ dalamannya.

“kemungkinan cara saya yang berlebihan atau tidak betul mengakibatkan tekanan yang melampau kepada otot perut.”

Oleh itu, Nazirul terpaksa menjalani pembedahan bagi menolak semula lemak dan ususnya yang jatuh, menampal semula dinding usus dan dijahit.

“So jalannya operation, tolak balik lemak dan usus yang jatuh, tampalkan jaring dinding yang baru kemudian jahit semula.”

Setelah menjalani pembedahan, Nazirul masih dalam proses penyembuhan dan harus menanggung kesakitan setiap kali berjalan, bersin , mahupun batuk kerana jika dia salah pergerakkan dia dapat merasakan kesakitan seperti dihiris dagingnya.

” Allahu sakitnya jangan cakap mcm org bersalin operation kali. Paling sakit masa berjalan, bersin dan batuk. Setiap kali salah step, macam kana hiris daging dengan kertas A4 double A 70gsm.”

Di akhir perkongsian Nazirul, dia menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti atau sukan yang diminati secara berlebihan dan mengikut kemampuan diri sahaja demi orang tersayang.

“Kesimpulannya, kalau bukan atelit jangan la trainning macam dato jijol. Ingatlah orang tersayang. Sukan untuk sihat bukan untuk sakit. Ukur baju badan sendiri, buat sesuatu ikut kemapuan ya”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 750