Berniaga Harga Berpatutan, Dua Beradik Tak Berkira Siap Tawarkan Burger Percuma Gara2 Tak Mahu Pelanggan Berlapar

Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan di tepi jalan, mesti selalu terjumpa atau berhadapan dengan golongan yang kurang berkemampuan sehingga ada yang sanggup berlapar tak cukup duit untuk makan.

Iospital phone repair gombak

Ramai dikalangan peniaga bersifat pemurah, walaupun penat mencari rezeki malam ke siang, mereka tidak lokek bersedekah. Sering juga kita lihat peniaga-peniaga bersedekah kepada golongan susah atas sifat simpati dan faham kepayahan demi mencari sesuap nasi.

Seperti peniaga burger ini, Mohamed Asiff Mohamed Amiz, 34, dibantu oleh adiknya Mohamed Ariff, 30 tular setelah meletakkan papan tanda sudi memberikan burger secara percuma kepada mereka yang tiada duit.

“Sebenarnya sudah lima tahun saya buat inisiatif ini. Mula-mula dalam circle kecil saja di kawasan kejiranan tempat saya berniaga. Hanya dua tahun lepas baru saya mula letak notis.

“Tercetus idea untuk bersedekah ini adalah daripada kisah pelanggan juga. Sebagai peniaga, kita boleh ‘baca’ customer tu macam mana.

“Lagi pula customer pun orang dekat-dekat sini, ada antaranya kita kenal dan tahu latar belakangnya. Contohnya dia ada anak ramai, tapi beli burger tiga biji saja.

“Kadang ada anak-anak pelanggan terlepas cakap nak order sekian-sekian tapi bapanya mungkin tak cukup wang dan tak boleh beli kuantiti banyak. Saya akan cuba beri burger lebih daripada yang dipesan,” kata Asiff.

“Saya sedar kebanyakan orang kita segan meminta… tapi kita faham situasinya. Sebab itu juga tujuan letak notis ini.

“Ia untuk orang-orang sekeliling yang betul-betul dalam kesusahan. Hanya saya dan orang yang menerima sahaja yang tahu.

“Saya tak keseorangan… pelanggan-pelanggan tetap tahu dengan inisiatif ni selalu tinggalkan duit balance lepas bayar. Dengan duit balance itulah saya gunakan untuk tampung belanja projek ni.

“Selain itu ada juga hamba Allah yang baik hati berikan sumbangan. Tapi jika tiada, saya sedia gunakan dana sendiri hasil jualan setiap hari. Kami fokus kepada sales, sebab itu harga burger kami sangat affordable,” katanya yang sudah mengusahakan perniagaan burger sejak 2007.

Untuk rekod, Asip Burger Bachang terletak di Taman MGBM, Bachang, Melaka menjual pelbagai jenis burger, oblong, roti john, meatball dan mimuman dalam lingkungan harga RM3 hingga RM5.50.