Berzikir Celah Helmet, Gelagat Lucu Jebat Jayden Cuit Hati Ramai

Siapa yang tidak kenal dengan anak lelaki kepada bekas pasangan selebriti Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden ini bukan? Manakan tidak, telatah putera sulung mereka itu sentiasa mencuit hati dan menghiburkan orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila dia juga sering bertutur dalam bahasa Melayu malah dia turut mempunyai loghat penang seperti bapanya.

Iospital phone repair gombak

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan perangai lucu Jebat Jayden sedang berzikir sambil memakai topi PUBG itu telah mencuri tumpuan warga maya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh kakak kepada selebriti terkenal Noor Nabila ini, menunjukkan Jebat Jayden yang sedang berada di atas motorsikal mainannya sambil berzikir dan bermain dengan topi tersebut.

“Celah helmet pun boleh kalau nak berzikir…” tulisnya di ruangan kapsyen.


Namun apa yang lebih menarik perhatian apabila perkataan yang keluar dari mulut si cilik itu tidak dapat difahami sama sekali walaupun bunyinya seperti berzikir.

Malah gelagat Jebat Jayden yang berzikir dengan laju itu membuatkan segelintir netizen berseloroh mahukan sari kata pada video tersebut untuk memahami apa yang ingin disampaikan olehnya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan pelbagai reaksi dengan gelagat Jebat Jayden yang sedang berzikir di celah helmet tersebut. Bukan itu sahaja, ada yang memuji tingkah laku si cilik itu kerana sangat bijak serta boleh mengundang tawa mereka.

Malah ramai yang turut menitipkan doa buat cahaya mata lelaki Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad ini supaya membesar menjadi anak yang soleh.

Antara komen warga maya:

“ni zikir ke rap ni jayden…omei omei je lah awak ni…”

“kah kah kah jayden oooi senak perut aunty…”

“jebat oh jebat terhiburlah weh…”

“mana-mana pun boleh berzikir sayang…good boy sayang…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@noornabila00 Celah helmet pun boleh kalau nak berzikir #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp ♬ original sound – Noor Nabila

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 77.3k tontonan, 5644 tanda suka, 46 komen, 102 simpanan, 88 perkongsian di laman TikTok.