“Besar ni je..” Makan ‘Fine Dining’ Sambut Ulangtahun Perkahwinan, Keluhan Si Isteri Pula Buat Ramai Terhibur

Hidangan ‘fine dining’ merupakan hidangan yang disediakan secara eksklusif dan mewah. Dengan menggunakan bahan-bahan ‘premium’, hidangan ini disajikan kepada para pelanggan yang meminatinya konsep ini.

Iospital phone repair gombak

Difahamkan, kebiasaannya ‘fine dining’ ini menjadi pilihan utama untuk sesiapa yang berkemampuan bagi meraikan hari istimewa seseorang yang disayangi misalnya sempena hari ulang tahun perkahwinan.

Sama seperti kisah seorang lelaki yang bernama Hizwan Ahmad ini yang membawa isterinya ke sebuah restoran mewah bagi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Konsep fine dining ini adalah makanan akan disajikan kepada pelanggan sekitar 4 hingga 6 hidangan yang berbeza secara berperingkat.

Walau bagaimanapun apa yang membuatkan warga netizen terhibur adalah apabila si isteri meluahkan bahawa saiz hidangan itu terlalu kecil baginya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Hizwan menggunakan akaun @hizwanahmad, kelihatan isterinya itu sedang menjamah salah satu menu yang dihidangkan sambil menyatakan bahawa hidangan tersebut tidak cukup buatnya kerana saiznya yang terlalu kecil.

“Mana cukup ni, saya tak cukup ni bang,” kata isterinya sambil ketawa kecil.

Dikatakan juga pasangan suami isteri ini sempat singgah ke kedai mamak untuk mengisi perut mereka yang masih berasa lapar selepas itu.

“Yaaa, ke mamak jugak akhirnya,” balasnya dalam salah satu komen netizen.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat telatah suami isteri itu dan keluhan si isteri.

Bagi mereka yang sudah biasa makan dengan portion yang banyak, saiz hidangan sebegitu sememangnya sukar untuk membuatkan kita berasa kenyang.

Ekoran itu, pilihan makan di kedai makan biasa jauh lebih murah dan boleh mengenyangkan perut yang kosong.

Antara komen netizen:

“hahaha…sis selalu kalau p annual dinner company, balik mesti singgah mamak, sbb menu cam ni la ha😂”

“fhm perasan isteri abg.. mcm sy pn prnh skli hsbd bwk candle light xtau nk marah ke nk terharu tgk makanan.. 😂”

Video TikTok yang tular:

@hizwanahmad Nak makan fine dining konon. Celebrate 14th Year Anniversary. Tapi seciput2 lauknya. Balik makan roti telur dekat mamak lagi kenyang. Hahaha #husbandwife #fyp #fypdongggggggg #suamiistri #wife #life ♬ original sound – HizwanAhmad