“Bila tengok muka dia, automatik tak sanggup untuk tak terima” Ibu Anggap Anak Pembawa Rezeki

Anak merupakan anugerah dan amanat Allah SWT kepada semua ibu bapa di luar sana.

Hati anak kecil yang suci ibarat permata yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir coraknya namun tidak semua orang dapat menerima anak istimewa dalam hidup mereka.

Insan terpilih yang mampu menjaga anak istimewa

Bagi ibu bapa yang mampu menjaga dan merawat anak istimewa itu dengan baik adalah insan yang terpilih oleh Allah.

Ibu bapa beruntung mempunyai anak istimewa kerana sudah tentu boleh membawa ibu bapa mereka ke syurga kelak.

Nur Ariana Hessa anak istimewa

Begitulah dengan nasib Azmanina Azihan atau Chibby, 23 tahun yang telah melahirkan dan membesarkan anak sindrome down.

Anaknya yang diberi nama Nur Ariana Hessa Nor Azlan dilahirkan pada 6 Jun tahun lalu dan kini berusia 1 tahun 3 bulan.

Anak dalam kandungan sindrome down dan ada masalah jantung

Menurut Chibby, dia mengetahui hal itu semasa membuat imbasan lima dimensi di sebuah klinik ketika bayinya berusia 7 bulan dalam kandungan.

Doktor memberitahu bahawa anak dalam kandungannya mempunyai simptom sindrome down dan masalah jantung.

Saya dapat tahu waktu usia kandungan tujuh bulan

“Saya dapat tahu ketika dia masih dalam perut. Saya buat imbasan lima dimensi (5D)ketika kandungan berusia tujuh bulan,” katanya kepada mStar

“Masa tu kami dapat lihat dia ada simptom sindrom down, jantungnya juga ada masalah.”

Suami tak putus-putus beri semangat

Pada mulanya dia tidak dapat menerima hal itu, iyelah ibu mana yang tidak sedih dengan perkhabaran tersebut.

Namun, suaminya tidak putus-putus memberikan semangat kepadanya sehingga Hessa dilahirkan ke dunia.

Masa dilahirkan saya tak boleh terima

“Suami banyak bagi kata-kata semangat pada saya pada waktu itu. Ketika dilahirkan, doktor sekali lagi maklumkan kepada kami bahawa Hessa menghidap sindrom down.”

“Masa tu saya tak boleh terima, tapi nak tak nak kena terima.”

Bila tengok muka dia, automatik terima dia

Kata Chibby lagi, apabila melihat muka anaknya  dia seperti tidak sanggup untuk tidak menerima bayi istimewa itu.

Malah hidupnya selepas kelahiran Hessa memberikan keceriaan dalam hidupnya dengan rezeki yang melimpah ruah.

Selepas kelahiran Hesa, rezeki tak putus datang

“Bila tengok muka dia, automatik jadi tak sanggup untuk tak terima dia”

“Selepas kelahiran Hesa, Alhamdulillah rezeki tak putus datang. Hessa pun senang jaga. Dia seorang anak yang ceria dan susah menangis.”

Hessa ada tiga lubang pada jantungnya ketika dilahirkan

Walaupun Hessa merupakan anak istimewa namun dia seorang yang senang dijaga, ceria sentiasa serta sukar untuk menangis.

Tambah Chibby ketika dilahirkan, Hessa mempunyai tiga lubang pada jantungnya dan selepas dia habis berpantang, lubang yang ada sebelum ini sudah tertutup dengan sendiri dan jantung Hessa kini semakin baik.

Alhamdulillah jantungl lubang pada jantungnya tutup sendiri

“Masa Hessa lahir, ada tiga lubang pada jantungnya. Alhamdulillah, masa habis berpantang, kami pergi check semua dah tertutup sendiri. Jantung dia dah OK,”

Walau bagaimanapun, dia masih mengalami situasi sukar ketika berdepan dengan mulut orang yang bercakap buruk tentang anaknya.

Anak-anak ini tidak minta dilahirkan begitu

Akan tetapi dia bersyukur kerana ramai yang memberi kata-kata semangat sehingga dia sentiasa positif membesarkan Hessa.

“Pesanan saya kepada ibu-ibu di luar sana, anak-anak tak minta dilahirkan begitu.”

Anak pembawa rezeki, abaikan saja mulut orang mengata

“Kita kena terima, anak merupakan pembawa rezeki. Abaikan saja mulut orang mengata, mereka tak alami sendiri.”

Dalam perkembangan terbaru Chibby di tiktok, dia kini sedang hamil 7 bulan anak keduanya mereka dan meminta doa orang ramai agar kandungan sihat dan dipermudahkan.

Dia juga mempunyai perniagaan kecil-kecilan yang sudah 4 tahun di usahakan sambil mengurus anak dan suami kerana itu bukanlah alasan untuk tidak berjaya.

Selain di tiktok, Chibby juga mempunyai saluran youtube dimana dia berkongsi kisah hidupnya dan keluarga.

@yawchibbyyhessa teman mommy live baju tidur dekat ig malam ni kalau aunty2 nk tgk baju2 apa yg ada follow ig mommy okay? 👉🏻Yawchibbyyy 👈🏻 ##fypシ ##TakdirSuci♬ original sound – 🦜🎼°π€w_Ju.🦀 – 🪐🎼°Juaπ.🦀

Kredit: YOY Network