Bodohkan Orang Sesuka Hati, Gadis Cuba Sekolahkan ‘Stranger’ Isi Minyak Dikecam Netizen

Pernah tak kita terlupa sama ada pam minyak kita terletak dibahagian kiri atau bahagian kanan kereta? kadang dah turun bayar minyak baru perasan kita tersalah parking.

Hal ini sering terjadi kepada mereka yang baru mengambil lesen memandu, baru membeli kereta ataupun yang mempunyai lebih daripada satu kereta menyebabkan dia mudah ‘confused’ dengan kedudukan tempat pam minyak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan seorang gadis menegur wanita yang juga pemilik kereta Axia berwarna merah ini kerana terlupa kedudukan tempat pam minyak mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Bintulu News Page, kelihatan dua orang wanita berada di stesen pam minyak yang tidak diketahui lokasinya.

Namun apa yang membuatkan ramai terkejut adalah, gadis tersebut secara tiba-tiba menegur wanita berbaju putih tersebut dengan cara yang kasar dan tidak sesuai digunakan kepada stranger.

“kak, orang kata bodoh tu simpan sikit” katanya kepada wanita berbaju putih tersebut.

Wanita itu hanya terdiam melihat aksi biadapnya yang jelas sangat tidak sopan.

Tidak cukup dengan itu, gadis ini juga sempat membuat tutorial bagaimana hendak mengenalpasti kedudukan pam minyak di bahagian kereta namun netizen mula berang kerana tidak semua kereta memiliki ‘function’ yang sama.

Video yang tular di laman TikTok:

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 49k tontonan, 331 komen dan 299 perkongsian di applikasi Facebook.

BACA: “Tak lepas peluang pegang tangan” Pasangan Mesra Ini Rupanya Dalam Proses Bercerai, Janji Jaga Anak Bersama

Sebenanrnya terdapat bermacam cara menjimatkan minyak dan CARA ANDA MENGISI minyak juga memainkan peranan dalam menjimatkan minyak kereta anda.

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh di praktikkan dan mampu membantu anda :

1) Isi Minyak perlahan-lahan

Anda kena isi minyak perlahan-lahan supaya petrol dapat masuk ke tangki dengan sepenuhnya. Pastikan anda kawal picu yang ditarik ketika isi minyak secara separa penuh. Cara ini dapat mengurangkan wap untuk keluar bersama dengan petrol sekaligus boleh mejimatkan petrol anda.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.

2) Isi minyak semasa tangki separa penuh

Makin banyak minyak dalam tangki, makin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap. Jadi, anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

3) Isi minyak ikut liter

Pastikan isi minyak ikut liter tau, bukan wang ringgit.

Contohnya: Isi petrol 20 liter jadi bayarannya RM46 ringgit, lebih baik daripada korang nak isi RM40 tapi liternya cuma 15.7894737. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

4) Isi minyak pada waktu pagi atau pada suhu yang sejuk.

Pastikan isi minyak pada waktu pagi atau malam kerana kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu suhu yang panas sekiranya korang isi pada suhu yang panas, wap petrol akan keluar dari tangki minyak kenderaan korang. Fungsi ini juga sama digunakan untuk mengisi minyak kapal, suhu akan diambil sebelum mengisi minyak kerana kapasiti minyak yang berubah mengikut suhu.

5) Jangan isi minyak ketika trak petrol sedang mengepam minyak

Lika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.

Apabila proses mengisi semula minyak dari lori tangki ini ke dalam tangki penyimpanan, petrol dalam tangki penyimpanan bawah tanah itu mungkin telah dikacau menyebabkan mendapan-mendapan bawah tangki minyak simpana itu masuk dalam kereta anda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘angin’ dengan sikap gadis ini yang menegur wanita berbaju putih itu dengan lagak selamba dan ayat yang kurang sopan.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“kadang-kadang orang pilih pam bukan ikut mana tangki.. ikut mana kosong.. orang nak cepat”

“kereta dia bayar, minyak dia bayar, takde minyak tumpah, takde potong que sesiapa, takde tarik sampai tegang hos pam tu, takde mempermainkan sentimen kaum dan agama. So, apa masalah?”

“tak, sekarang ni sapa bodoh? ambil video kat stesen minyak”

“perasan cerdik la budak ni..”

Betul orang kata, adab ni mencerminkan siapa diri kita dan bagaimana didikan yang kita terima. Jadi, kita perlu sentiasa berbudi bahasa tidak kira dengan siapa dan dimana pun kita berada.