Seperti yang kita tahu, cuti bersalin di Malaysia adalah hanya beberapa bulan sahaja dan tidak melebihi 4 bulan. Hal ini adalah untuk memberi ruang kepada ibu hamil menjalani tempoh berpantang tanpa diberhentikan kerja.
Bagaimana pun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang Doktor terkenal iaitu Dr Amalina Che Bakri yang sedang sarat mengandung di trimester ketiga berkata bahawa dirinya mungkin akan mengambil cuti bersalin selama 10 bulan.
Difahamkan, dia boleh mengambil masa selama setahun untuk cuti bersalin dan mendapat gaji penuh untuk satu hingga 5 bulan. Tambahnya, setiap tempat kerja dan organisasi mempunyai polisi yang berbeza.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kini faham, mengapa ramai yang berhasrat untuk bekerja di luar negara oleh kerana banyak ‘benefits’ yang akan diperolehi.
Netizen juga sempat membandingkan situasi di luar negara dan di dalam Malaysia sendiri dimana hanya diberikan cuti beberapa bulan sahaja malah ada yang hanya cuti 2 bulan namun diperli oleh majikan.
Antara komen warga maya:
Klu kat Msia, klu dpt cuti pun, ada je org dengki dan buat mulut. Paling simple pun akan sindir². Terpaling mesra katanya.
— Nabil Abdullah 🇲🇾🇸🇬🇮🇩🇨🇳 (@Nabil_Malaysia) September 12, 2022
Cuti 2 hari pun memekak dah macam cuti 2 bulan 🤭🤭
— #BiasaSaja (@Faiz_Shah_95) September 12, 2022
Kt Malaysia ni,cuti 2 bulan maternity pon bos perli2. Manyak syok aa cuti dpt gaji. 😑 https://t.co/RtdcW9stek
— hanya seorang dropshippers (@jigokushoujo27) September 12, 2022
No surprise to be frank, western countries take care of their workers welfare more than asian countries. But yes it also depends on the companies and organisations https://t.co/WgKBt9NSRd
— Banana (@SeinThoughts_) September 12, 2022
Dekat Malaysia pun ada company MNC yang bagi maternity leave 4-5 months dari dulu. Now, akta dah revise, tak sure dia akan tambah sebulan lagi atau maintain.
Cuma tak banyak company buat macam ni, banyaknya 3 months only (before akta pekerja diubah). https://t.co/HVimlnOirK
— rick 🇲🇾 (@r1ckkkkkkkkkkk) September 12, 2022
Ada orang cakap we have to talk about Tax first before we can have this kind of benefit, ok, lets talk about INCOME first! The govermnet can’t tax us without the income! https://t.co/YC0LUfCeEh
— 🏴Yoyo Mak Arya🏴 (@aswaliaaa) September 12, 2022
Perkongsian yang tular:
Wehhhhh kalau macam ni punya benefits aku pun takkan balik kerja kat malaysia, up to 1year maternity leave?!!!!! malaysia 3month ja weh 😫😫😫 pic.twitter.com/0gmWmElEWw
— ty (@tycatttttt) September 11, 2022
Sekadar info, terdahulu pernah dilaporkan bahawa Malaysia telah kehilangan kira-kira 500,000 rakyat berkemahiran tinggi dan berbakat dalam bidang profesional kerana mereka memilih untuk bekerja di luar negara sejak 40 tahun lalu