“Boleh pecah rekod dunia..” Dikejar Anjing Sewaktu Larian Trek, Ramai Netizen Terhibur & Boleh Relate!

Kita sering dengar cerita orang, pengalaman dikejar anjing bukan? Malah di antara kita pun pasti pernah mengalami pengalaman yang sama suatu ketika dahulu.

Iospital phone repair gombak

Perasaan cuak dan panik tidak terkata sehinggakan kita mampu berlari sepantas kilat tanpa kita sedar dek cubaan melepaskan diri daripada anjing tersebut.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di laman Twitter mengenai seekor anjing dilihat sedang mengejar pelari di sebuah trek larian itu.

“The real definition of “lari macam kena kejar dengan anjing” 🤣” tulisnya di kapsyen video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @AsyrafRosli_ itu, dapat dilihat pada awalnya pelari-pelari tersebut sedang berlari sambil ‘pass’ baton kepada pelari yang lain seperti biasa.

Tiba-tiba, muncul seekor anjing masuk ke kawasan trek dan terus mengejar salah seorang pelari yang berada paling hadapan sekali.

Akhirnya, keadaan dapat diselamatkan apabila anjing itu dihalang oleh seseorang individu di situ.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Universiti Malaysia Sabah.

Seloroh Asyraf, larian tersebut mampu pecah rekod dunia jika anjing tersebut tidak dihentikan segera oleh individu tersebut.

“tu kalau brader tu tak kacau anjing tu silap2 dah pecah record dunia akak tu lari,” tulisnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat adegan tersebut dan ada yang boleh ‘relate’ dengan berkongsikan pengalaman mereka yang mengalami situasi yang serupa dengan kejadian berkenaan.

Antara komen netizen:

Hantaran Twitter yang tular: