“Sebab Bosan Menunggu” – Gelagat Gadis Susun Semula Tauhu Berselerak Di Mall Curi Tumpuan Ramai

Setiap orang mempunyai pelbagai ragam kan telatah masing-masing. Ada juga individu yang normal tapi suka melakukan perkara yang pelik namun ia masih boleh diterima dan asalkan mereka tak ganggu ketenteraman awam.

Ramai juga yang mempunyai pelbagai hobi dan tabiat yang agak pelik mungkin sebagai contoh ada tabiat suka mengunyah ais walaupun ia tidak baik untuk gigi, ketagih beli mainan antik dan sebagainya.Iospital phone repair gombak

Ada yang seolah-olah ketagih untuk melakukan perkara tersebut sampaikan mereka tidak sedar suka melakukan tabiat sedemikian.

Sama seperti kisah yang tular menerusi sebuah video di laman sosial TikTok ini apabila seorang remaja perempuan dilihat sedang fokus menyusun semula tauhu mengikut kedudukannya telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video berkenaan, kelihatan dia sedang khusyuk menyusun tauhu-tauhu yang berselerak di sebuah pasar raya.

Mungkin remaja perempuan ini kebosanan kerana lama menunggu keluarganya yang sedang membeli-belah, dia terus menyusun kesemua tauhu tersebut bagi menghilangkan rasa bosan ketika sedang menunggu.

Menjengah ke ruangan komen menerusi video berkenaan, ada yang mendakwa kemungkinan dia mempunyai penyakit Obessive-Compulsive Disorder (OCD).Namun di ruangan komennya, dia berkata bahawa dia tidak ada penyakit itu dan hanya suka-suka susun tauhu itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.1M ‘views’, 110.1K tanda suka dan 1,067 komen di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagatnya yang fokus menyusun kesemua tauhu itu sehingga kedudukannya teratur kemas.


Setelah menjengah ke ruangan komen, ini antara komen menarik dari netizen:

Ini video yang tular di laman TikTok:

“sama wehhh hahaha. bila teman member pergi kedai buku. den ni tak minat buku so then susun je buku kat rak buku tu ikut colour sementara tunggu member”

 

 

“tgh duk susun tiba2 ada org datang nak amik .. sebersalah dia nak amik yg dh kemas ke yg berterabur”

 

“ni jadi bila kau jadikan pasaraya tmpt utk hilangkan bosan bila dduk rumah ”

 

@withnich TENGOK LA AHAHA 😭😭#fyp ♬ original sound – 🧾