“Buat Sendiri, Saya Tak Buat Rumah Dah” Jawapan Kontraktor Indonesia Selepas Bawa Lari RM100k Bikin Netizen Berang

Tidak dapat dinafikan, pada masa kini ramai individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas orang lain sehinggakan menyebabkan kerugian yang amat besar.

Memiliki rumah besar cantik dan mewah merupakan impian setiap insan namun bagi wanita ini, ianya merupakan satu tragedi apabila kedua ibu bapanya bertemu dengan kontraktor yang salah daripada Indonesia sehinggakan menyebabkan kerugian RM100k.

Menerusi sebuah perkongsian di laman Twitter wanita ini iaitu @naddiiiee, difahamkan bahawa dua minggu lepas lagi kontrakter tersebut telah ‘block’ nombor telefon bapanya sebelum melarikan diri.

Ketika nad menghubungi lelaki tersebut, dia mengakatakan bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan dan ingin mengambil masa selama 2 minggu.

Tidak cukup dengan itu, dia juga siap berjanji nak berjumpa pada pukul 9 pagi semalam di rumah berkenaan namun bagaimana pun ianya hanyalah janji kosong.

Berikut merupakan perkongsian wanita ini:

Apa yang lebih pilu adalah, sebelum ini bapa Nad sangat ‘excited’’ pergi rumah berkenaan hari-hari untuk lihat progress rumah itu namun kini semuanya terhenti apabila dia ditipu hidup-hidup dengan kontraktor tersebut.

Perkongsian Nad mendapat perhatian ramai pihak dan rata-rata warga netizen turut berang dengan sikap kontraktor yang lari membawa wang yang banyak.

Beirkut merupakan komen warga maya: