Budak Lelaki Sakan Tebar Roti Canai, Tak Sangka ‘Ending’nya Pula Buat Ramai Terhibur

Sebut sahaja tentang Roti Canai, makanan kegemaran rakyat Malaysia ni, pasti ramai yang terbayang akan kelembutan roti tersebut apatah lagi bila makan panas-panas dan ianya juga antara menu yang sesuai dimakan tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang atau malam.Iospital phone repair gombak

Sudah menjadi trend, kini penebar roti canai sering mencuri perhatian pelanggan dengan aksi ligat mereka menunjukkan skill menebar membuatkan ramai yang seronok melihat mereka. Pun begitu, se’profesional’ mana pun penebar roti canai tersebut, andai kata tersalah langkah, mahu melayang roti canai itu ke merata tempat.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang penebar roti canai cilik cuba menebar roti canai namun ‘ending’nya buat ramai terhibur.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @wanchor8, seorang lelaki terpegun melihat kehebatan seorang penebar cilik yang menebar roti canai dengan pelbagai aksi.

Manakan tidak, lihatlah skillnya yang menebarkan roti itu sehingga berputar dan terbang.

Namun siapa sangka, mungkin kerana salah teknik, roti canai tersebut terlepas dari tangan dan terus terbang, tersangkut di balkoni.

Melihat perkara tersebut, budak lelaki itu hanya kaku dan terkedu namun pelanggan masih kagum dengan kehebatannya serta menepuk tangan tanda memberi sokongan kepada penebar cilik ini.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan pengakhiran roti canai itu.

Tapi bagaimana pun, netizen tetap kagum dengan kebolehan yang ada pada diri budak lelaki itu kerana skill itu bukanlah mudah untuk dipelajari.

Antara komen warga maya:

“dah hebat…tapi tersalah teknik sikit..apa-apa tahniah adik…”

“mamak roti canai penang pun boleh kalah dah hahaha cantik adik ni…”


“tapi memang hebat dik…uncle pon tak pandai tebar roti…boleh berlatih lagi…”

“boleh pergi jauh adik ni…skill dah ada…”

Video yang tular di laman TikTok:

@wanchor8 masih tak boleh blah dengan aksi adik. ending yang amat dramatik @nurulashikin2016 #warungroticanaiabgmad #fyppppppppppppppppppppppp #makanterus #fypシ゚viral #fypdongggggggg #sedap ♬ bunyi asal – ꧁ • ꧂ – ꧁ R.kay_Official ꧂