Budak Lelaki Selamba ‘Tembak’ Pengarah Masa Penyampaian Hadiah Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri dan tidak dinafikan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Namun tidak dinafikan ada juga gelagat mereka yang tidak disangka-sangka dan diluar jangkaan ibu bapa. Boleh dikatakan, hilang penat seharian jika malayan telatah anak-anak ni.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki ingin ‘menembak’ seseorang ketika majlis telah mengundang dekah ramai.

Menerusi perkongsian YOY Network, satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @norrainimahadi, kelihatan mereka berada disebuah majlis akan tetapi tidak dapat dikenal pasti dimana.

Difahamkan, penyampaian hadiah tersebut disampaikan sendiri oleh seorang pengarah untuk kanak-kanak. Namun sedang asyik memberi hadiah, seorang budak lelaki dengan selamba bergurau dan ingin menembak kepala pengarah sebaik saja mengambil sagu hati itu.

Bukan itu sahaja, malah dapat kita lihat seorang lelaki terpaksa menarik budak lelaki tersebut demi melancarkan majlis pernyampaian hadiah tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@norrainimahadiQarizh buat hal♬ Mode vs Mode – TiisSen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 668.6K tontonan, 52.8K tanda suka, 763 komen dan 1206 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netize turut terhibr melihat telatah spontan budak ini yang selamba ingin menembak pengarah.

“Selamat pengarah tak tembak balik dik” – Netizen

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berseoroh mengatakan bahawa nasib baik seorang lelaki yangmemakai baju hitam dan bertopi merah itu menarik budak tersebut. Kalau tidak, habis semua orang ditembaknya.

Antara komen warga maya:

“kau tak dapat hadiah lagi kanggg”

“masalahnya budak tu comell..”

“buat hal lah kau adik”

“selamat tak pengsan pengarah tu”

“jangan macam2 dik..”

“head shot terus dia bagi yerk”

Default image
admin
Articles: 1052