Budak Lem4s Depan Mata, Mak Ayah Tak Dapat Dikesan Sebab Terlalu Ramai Pengunjung

Umum mengetahui, negara kita baru sahaja mengumumkan kebenaran merentas negeri dan membenarkan aktiviti perlancongan.

Jadi tidak hairan lah jika jalan raya mula sibuk dan tempat perlancongan sesak dengan kehadiran pelancong.

Ada yang mengunjungi orang tua di kampung, melawat pusara dan ada juga yang membawa anak-anak bermandi manda baik di sungai, pantai ataupun kolam.

Apa yang penting, dapat menghilangkan tekanan setelah sekian lamanya berkurung dek kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Namun pun begitu, sebagai ibu bapa kita hendaklah sentiasa peka tentang keselamatan anak-anak tidak kiralah dimana juga kita berada.

Sama seperti kisah yag tular baru-baru ini dimana seorang lelaki berkongsi pengalamannya melihat kanak-kanak lem4s didepan mata nya ketika bercuti di sebuah hotel di Melaka mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan anak gadis tersebut tidak sedarkan diri dan dikatakan ibu bapa kepada gadis berkenaan tidak dapat dikesan selama 20 minit kerana terlalu ramai pengunjung di kawasan itu.

“Nasihat saya kepada kedua ibu & ayah. Mohon pantau anak² masing² ketika bermain air semasa percutian. Kejadian betul² depan mata tadi, mak & ayah gadis ni tidak dapat di kesan selama 20 min akibat terlalu ramai pengunjung di musim cuti.”

“Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ni di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lem4s. Alhamdullilah 20min CPR dr orang awam anak kecil ini kembali sedar.”

“Mungkin dia baru lem4s 2 3 min sebelum di temui. KITA JAGA KITA.”

Turut mengulas isu ini, seorang occupational therapist yang dikenali sebagai Siti Aisyah Rozalli berkata bahawa sesaat pun risiko untuk lem4s boleh terjadi jika kita alihkan pandangan daripada anak.

Apa yang lebih menarikperhatian warga netizen adalah, seorang jurulatih renang meninggalkan beberapa saranan di ruangan komen buat peringatan semua ibu bapa.

“Sebagai jurulatih yg ajar swim, saya selalu educate instead of avoid air..tolong lah ajar anak2 berenang dan educate water safety.”

“walaupun anak saya dah boleh swim, saya tetap pantau dia dan takkan lepaskan sesaat pun pandangan mata saya dari anak saya sebab saya dah mengajar lebih dari 10 tahun berenang, sebenarnya sesaat pun risiko untuk lem4s boleh terjadi bila kita alihkan pandangan mata kita di tempat lain bila kita dah jauh 1 arm reach dari anak.”

“Saya ajar budak lebih dari 6 orang pun, walaupun mata tengok 1 murid, tapi mata saya akan keep tengok setiap anak murid yang tunggu turn dan tak pernah membelakangkan badan saya dari mereka.”

“Betapa pentingnya dan tingginya risiko utk lem4s kalau la ibu bapa tau apa yang kami jurulatih2 ni rasa. Make sure ambil kelas renang pun mesti jurulatih yg bertauliah sebab air ni cuai sikit je, habiss.”

Terdapat juga beberapa pendapat lain daripada warga netizen di ruangan komen:

Ibu bapa hendaklah memainkan peranan lebih untuk memantau anak-anak, ada terdapat pelbagai faktor yang membolehkan berlakunya lem4s walaupun keadaan air yang cetek. Sedangkan yang dewasa pun boleh lem4s apatah lagi kanak-kanak.

Seperti yang pernah tular terdahulu pada 21 oktober 2021, satu malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang anggota bomba yang dipercayai lem4s sewaktu menjalankan tugas untuk mengalihkan orang awam berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Dalam kejadian itu, tular di dada akhbar tentang seorang anggota penyelamat yang dikenali sebagai Mohd Diya Che Jusoh dikatakan tiba-tiba sahaja rebah dalam air tinggi separas dada.

Hal ini berlaku oleh kerana hujan lebat yang berterusan di beberapa buah negeri yang menyebabkan sesetengah kawasan dinaiki air.

Mengulas lanjut, tular satu rakaman yang memperlihatkan sekumpulan ahli bomba sedang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi membantu orang awam berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Namun, Mohd Diya dikatakan rebah ke dalam air sebelum diberikan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di lokasi kejadian.

Anggota berusia 46 tahun itu dengan segera dikejarkan ke pusat perubatan. Namun pun begitu, dia tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan walaupun telah menerima rawatan.

Ahli keluarga anggota bomba ini telah mengesahkan bahawa Mohd Diya Che Jusoh telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3.11 pagi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman twitter @seketulnajwa yang juga merupakan anak saudara kepada Mohd Diya.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kejadian tersebut.

“You’ve done a lot of great things. sekarang pak ude rehatlah sepuas sepuasnya dekat sana. we love you and you will forever be missed” tulis anak saudarannya itu.

Menerusi kemaskini media, jenazah wira negara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong. Melaka Tengah, kira-kira pukul 11.38 pagi hari ini.

Jika difikir balik, ahli bomba mempunyai kemahiran tersedniri namun tetap berisiko untuk lem4s apatah lagi kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang kemahiran dan tidak dipantau oleh penjaga.

Kredit: YOY Network