“Cakap abg Ajib hensem,” Usik Adik Baru Sunat Guna Pistol Mainan, Gelagat Abang Bikin Netizen Cuak

Kalau dah nama adik beradik, ada sahaja yang nak bergurau kasar. Terkadang sehingga nangis adik-adik kalau abang atau kakak mengusik.

Fitrah kanak-kanak lelaki beragama islam sememangnya tidak akan terlepas dengan pengalaman sakit bersunat.

Sama juga dengan video yang tular ni dimana seorang budak lelaki yang baru sunat menangis kerana diusik abangnya telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi perkongsian laman YOY, sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ajibgrill, kelihatan seorang lelaki sedang mengisi peluru ke dalam pistol mainan dan diacukan ke arah adiknya.

Namun apa yang lebih membuatkan netizen berdekah adalah dia mengacukan pistol ke arah adiknya yang baru lepas berkhatan.

Cemas dengan perkara tersebut, adiknya menjerit ketakutan dan menangis di akhir video. Nasiblah abangnya itu hanya bergurau sahaja. Kalau tidak, menangis tak berlagu budak lelaki ini dibuatnya.

Apa yang lebih kelakar adalah lelaki ini meminta adiknya untuk mengatakan ‘abang ajib handsome’ namun kanak-kanak tersebut rela meneruskan nangis daripada memuji abangnya itu.

Berikut merupakan video yang tular:

“Puas hati aku,”

@ajibgrill Puas hati aku 🤣 #fyp #nerf #sunat ♬ original sound – Mi’ami

“Dia sanggup nangis daripada cakap “Abg Ajib hensem”

@ajibgrill Reply to @jrdin2020 Dia sanggup nangis daripada cakap “Abg Ajib hensem” #sunat #nerf #fyp ♬ original sound – ajibgrill

@ajibgrill Reply to @naktulisapani_ Akibat buka hadiah tak baca doa #fyp #nerf #sunat ♬ bunyi asal – So7ea💕 – aygsopea

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.9 Juta tontonan, 212.7K tanda suka, 2916 komen dan 5523 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhbur dengan gelagat dua beradik ini yang bergurau ‘manja’ dan dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh mengatakan itu merupakan cara abangnya membalas dendam.

Antara komen warga maya:

“tak tahu lah nak gelak ke nak kesian.. kalau gelak rasa bersalah pula..”

“kalau tertekan tu habis la..”

“nanti terkencing2 dia sebab takut kena peluru nerf”