Catriona Ross Tak Gentar Berdebat Dengan Si Bodoh

Pelakon Catriona Ross enggan melayan provokasi Suhaimi Saad serta beranggapan ianya hanya membuang masa untuknya berdebat dengan individu daripada golongan Flat Earth.

Katanya lagi, dia tidak mengenali lelaki tersebut yang tiba-tiba menyelar kenyataannya dan hanya mengetahui daripada rakan yang memaklumkan perkara itu.

“Baru saya tahu individu berkenaan adalah lelaki yang tidak percaya bahawa bumi ini bulat dan antivaksin jadi saya langsung tak ambil hati atau terkesan dengan kata-kata yang dihamburkannya.

“Saya teringat mengenai nasihat Imam Asy-Syafi’i supaya jangan berdebat dengan orang yang bodoh kerana mereka itu tidak pernah mahu untuk faham landasan ilmu.

“Masyarakat sendiri pun tahu kepercayaan dia bagaimana. Jadi lebih baik saya abaikan saja kerana kalau dilayan kita tak ke mana. Saya tak gentar dengan manusia begitu,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi ada memuat naik posting menyelar kenyataan Catriona yang menegur rakyat Malaysia yang masih berdegil mahu pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan total lockdown.

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh pelakon, Catriona Ross apabila tidak bersetuju selepas pelakon tersebut menganggap rakyat yang tidak mematuhi larangan pulang ke kampung sebagai bodoh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Saad (@mosusofficial)

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Suhaimi beranggapan bahawa Catriona seharusnya memahami masalah dan keperluan masyarakat yang berbeza. Malah dia turut meminta pelakon itu supaya tidak berasa megah dengan kenyataan yang dikeluarkannya.

“Amboi. Sedap dan nampak puas. Klimaks sangat bila kau dapat kata rakyat ‘se tu pid’ (bodoh) dan bingai. Jangan megah sangat dapat buat macam tu kak.

“Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang tak sama. Jangan buat baju satu saiz, lepas itu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama. Itu lagi bingai,” tulisnya.

Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, situasi pandemik yang sudah melanda lebih dari setahun itu sudah cukup membuatkan rakyat bersabar dan patuh pada perintah yang dikeluarkan kerajaan.

“Sudah setahun lebih orang (rakyat) patuh, taat, ikut dan sabar. Kau nak suruh rakyat puji dan bagi pingat dekat kerajaan ke?” ujarnya.

Suhaimi yang turut memaki hamun Catriona turut berkata bahawa pelakon filem Mistik itu sepatutnya menyimpan kenyataan tersebut untuk diri sendiri kerana bimbang orang ramai akan benci dan meluat dengannya.

“Simpan la kau punya bodoh dan bingai tu. Jangan tunjuk sangat nanti orang meluat,” katanya.

Terdahulu, Catriona menerusi sebuah rakaman video telah menzahirkan rasa geram dengan segelintir rakyat yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam usaha melandaikan bilangan kes harian COVID-19.

Ujar Catriona, tindakan mementingkan diri sendiri itu akan mengundang risiko dan juga membahayakan pihak lain terutamanya ibu bapa di rumah.

Dalam pada itu, Catriona berharap orang ramai tidak terpengaruh dengan dakyah anti vaksin serta berpendapat golongan tersebut wajar dikenakan tindakan undang-undang kerana menghasut orang lain.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)