Cegah Lebih Baik Dari Mengubati, KKM Kongsi 3 Tips Elak Influenza Merebak

Seperti yang kita semua sedia maklum, wabak influenza A sedang merebak di negara kita.

Malah, sehingga hari ini sudah ada beberapa kes yang serius telah dilaporkan oleh media tempatan.

Jangkitan virus ini mudah merebak daripada satu individu kepada individu yang lain sama ada menerusi sentuhan ataupun rembesan cecair dari hidung.

Terdapat kes di mana mereka yang menghidapi penyakit ini didakwa berakhir dengan kematian.

Menurut Perunding Pediatrik dan Neurologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin, Influenza adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan termasuklah hidung, tekak dan paru-paru.

Influenza A berpotensi menyebabkan jangkitan demam selsema yang teruk dan jangkitan selsema yang disebabkan virus ini serius dan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi.

Disebabkan perkara ini amatlah serius, kita haruslah mengambil langkah-langkah awal supaya dapat mencegah daripada terkena penyakit ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memuat naik satu posting di akaun Twitter rasmi iaitu KKMPutrajaya tentang cara-cara untuk anda elak jangkitan influenza merebak.

Bagaimana anda boleh elak influenza daripada merebak?

1. Jika anda bersin atau batuk:

  • Anda perlulah menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu atau sapu tangan . Jangan lupa sentiasa sediakan tisu ya semua.
  • Jangan buang tisu atau sampah merata rata , buang lah tisu kedalam tong sampah yang disediakan.
  • Jangan kongsi sapu tangan yang telah pun anda gunakan dengan orang lain.
  • Basuh tangan menggunakan sabun dengan mengikut cara yang betul.

Berikut merupakan cara yang betul apabila anda ingin membasuh tangan.

Selain selepas batuk dan bersin anda juga perlu membasuh tangan selepas menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka, telinga, hidung dan lain lain anggota badan.

2. Anda juga dikehendaki untuk memakai penutup muka dan hidung (mask)

3. Jika anda dijangkiti influenza, elakkan diri untuk berada ditempat ramai orang seperti pusat membeli belah.

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1216966931095281665

https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1216966933041430528

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.