“Cico bukan disihir, tapi..” Pernah Dihalau Keluar Rumah, Akhirnya Uji Rashid Buka Mulut Kisah Sebenar

Penyanyi popular era 1970-an, Uji Rashid akhirnya membuka mulut mengenai kisah sebenar yang menimpa anak lelakinya, penyanyi Cico yang selama ini dikatakan mengalami peny4kit misteri.

Menerusi laporan Gempak, Uji berkata peny4kit misteri yang ditanggung Cico selama ini bukanlah disebabkan dirinya disihir seperti yang diperkatakan umum, sebaliknya anaknya itu telah dir4cun.

“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anak saya.

“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi dir4cun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis r4cun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.

“R4cun yang diberi itu sebenarnya boleh membun0hh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.

Perkara itu didedahkan Uji ketika bersiaran menerusi program Telekung Talk yang membicarakan topik mengenai Jawapan atau Ujian? di platform Facebook Datuk Dr. Prof. Muhaya dan Muhayya Momentum.

Menurut Uji lagi, Cico dikatakan reb4h sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan selepas menghadiri sebuah majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran rakannya.

“Saya masih ingat Cico munt4h2 dan wajahnya dipenuhi dar4h. Berhari-hari dia terl4ntar s4kit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.

“Saya difahamkan r4cun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.

Menurut Uji lagi, sepanjang menjaga anaknya itu juga, pelbagai dugaan yang terpaksa dilalui apabila Cico sudah tidak mampu bekerja lagi.

“Hidup kami memang susah, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.

“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh,” katanya yang kini menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lalu.

Pada program Telekung Talk itu, turut diadakan majlis sambutan hari jadi buat puteri tunggal Cico, Nur Fitrah.

Sebagai info, Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin pernah menampilkan selebriti undangan popular antaranya Neelofa, Lisa Surihani dan Fazura.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Uji Rashid dan Cico.

Sebelum ini media melaporkan Cico Harahap yang menghid4p peny4kit misteri hingga sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu, kini sudah boleh menghafal skrip serta berlakon.

Uji Rashid memberitahu, Cico bagaimanapun memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

“Ada yang bertanya dan menawarkan Cico berlakon… Buat sementara ini, saya masih belum boleh melepaskan dia lagi. Ini kerana dia perlu menjalani beberapa raw4tan susulan.

“Daripada segi membaca dan menghafal, Cico sudah boleh. Malah, tahap kesihatannya sudah lebih 80 peratus pulih,” katanya

Uji berkata, anaknya memerlukan sedikit masa sebelum kembali aktif berlakon.

“Beri dia sedikit waktu… Cico ada meluahkan hasrat kepada saya untuk kembali berlakon,” katanya.

Cico juga  berharap masih ada peluang untuknya kembali beraksi di kaca televisyen.

“Selain bersukan di gimnasium, saya suka rakam foto dan membawa anak-anak menonton filem.

“Saya selalu mengikut emak ke majlis-majlis untuk kembali menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling selain bertemu orang ramai.

“Daripada saya habiskan masa memerap di rumah, sekurang-kurangnya saya dapat pulihkan keadaan dan lupakan apa yang saya alami,” katanya.