“Comel! Rambut warna blonde,” Wajah Terkini Puteri Sulung TTA & Dennis Muhammad Buat Netizen Teruja

Umum mengetahui Puteri Sultan Johor, Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suaminya Dato Dennis Muhammad mempunyai seorang anak yang comel.

Namun, wajah anaknya yang diberi nama Layla Sofiah itu jarang didedahkan di mana-mana portal dan media sosial.

Bagaimanapun baru-baru ini, orang ramai akhirnya dapat melihat wajah terkini Layla mereka menerusi laman Instagram Yang Amat Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam, isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim.

Difahamkan foto-foto ini diambil saat Keluarga Diraja Johor berkumpul untuk menyambut hari ulang tahun Layla yang pertama!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen begitu teruja melihat wajah terkini Layla:-

Untuk info Tunku Aminah merupakan puteri tunggal Sultan Johor itu telah mendirikan rumah tangga dengan Dennis Verbaas seorang warganegara Belanda pada 14 Ogos 2017.

Dennis telah memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dengan nama Islamnya kini Dennis Muhammad Abdullah.

Bagi mereka yang mungkin belum tahu, kami berikan beberapa informasi tentang jejaka yang berjaya mencuri hati Tunku Tun Aminah.

1. Dennis Muhammad atau nama asalnya Dennis Verbaas pula dilahirkan pada 1 Mei, 1989.

2. Berasal dari Lisse, sebuah bandar berdekatan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.

3. Menerima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands dan kemudian meneruskan pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

4. Menggemari sukan bola sepak, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Café, sebelum bergelar Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura.

5. Mula mengenal dan membuat kajian berkenaan Islam pada tahun 2014 selepas mendapatkan pandangan serta nasihat rakan Muslim di Amsterdam.

6. Memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.

7. Dibimbing pegawai agama untuk mendalami Islam serta lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.