“Comelnya” Sambut Suami Balik Kerja, Aksi Comel Lelaki Ini Minta Isteri Dukung Pula Buat Ramai Tersenyum

Terdahulu pernah tular di media sosial dimana seorang isteri bergurau dengan suaminya yang pulang daripada kerja dengan memakai telekung berwarna hitam sambil duduk tercegat di depan pintu.

Iospital phone repair gombak

Suaminya yang terkejut seakan melihat hantu apatah lagi bila lampu ditutup nyata membuatkan ramai terhibur. Netizen juga memuji kemesraan mereka sebagai suami isteri.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gelagat suami yang manja ketika pulang daripada kerja telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nashika95, dia berkongsi rakaman ketika menanti kepulangan suaminya di rumah.

Pun begitu, suaminya tetap tersenyum walaupun penat seharian bekerja dan terus mendakap isteri serta beraksi manja memanjat tubuh permaisuri hatinya itu.

Isterinya yang mendukung suami bagaimana pun berjalan ke arah kamera sebelum menyedarkan si suami bahawa gelagat comelnya itu dirakam dan dengan malu-malu suami terus turun sambil senyum tersipu apabila adegannya itu ‘terkantoi’.

“bahagia dengan cara sendiri.. hahaha gini la suami selalu balik kerja.. penat ke tak penat ke gini la dia”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah suami isteri itu malah ada juga yang mengakui mereka berasa cemburu melihat kemesraan kerana masih solo dan belum mempunyai jodoh.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan perkara sebegitulah yang akan menambahkan lagi kemanisan dalam rumah tangga.

Antara komen warga maya:

“Happy nyaa.. terima kasih sebab bahagiakan isteri & buat dia tersenyum”

“Tengok vid sambil tersenyum.. terasa aura bahagia sampai ke sini.. semoga kekal bahagia sampai syurga ya..”

“Comel sungguh la terus lompat minta isteri dukung..”

“Takpe akak duduk bumi diam2 okay.. takpe.. saya mengalah.. saya pergi pluto”


Video yang tular di laman TikTok:

@nashika95bahagia dngn cara sndri 🥰🥰 hahaha gini la suami slalu balik kje . penat ke tk penat ke gini la dia 🤣🤣♬ bunyi asal – ieka 💃🏻