“Confused mana satu betul” Salah Duduk Dalam Troli, Gelagat Keliru Anak Buat Netizen Terhibur

Kehadiran cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri sudah tentu melengkapkan lagi sesebuah rumah tangga yang dibina.

Dalam fasa membesar, anak-anak sangat aktif dalam meneroka kehidupan dan sememangnya mempunyai pelbagai ragam mereka yang tersendiri bahkan itu juga merupakan satu proses untuk mereka belajar sesuatu perkara.

Tidak dinafikan, gelagat kanak-kanak nyata membuatkan hari-hari kita terhibur. Ada sahaja idea, percakapan, dan telatah mereka yang membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya. Senang cerita, boleh sunyi kalau tak ada diorang sehari.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ni dimana gelagat seorang kanak-kanak yang keliru sewatuberada di pasar raya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat nak oleh seorang pengguna TikTok iaitu @azliena.aziz, kelihatan seorang kanak-kanak yang sedang duduk di dalam troli pusat membeli belah tersebut.

Kanak-kanak itu diletakkan oleh ibu bapanya di dalam troli bagi memudahkan lagi mereka untuk membeli barangan.

Namun apa yang leih melucukan adalah penjaganya dengan tidak sengaja meletakkannya dalam kududukan yang salah dan perkara itu hanya disedari selepas melihat seorang lagi kanak-kanak yang duduk dalam posisi yang betul.

Dapat kita lihat reaksi anaknya yang keliru apabila melihat budak yang lain duduk dalam kedudukan yang betul.

Berikut merupakan video yang tular:

@azliena.azizMacam pelik. Kenapa kawan macam tu papa.♬ bunyi asal – Mhd Aizzat – AizzatFromYT

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 351.7K tontonan, 7932 tanda suka, 96 komen dan 55 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat budak perempuan ini yang ‘confused’ melihat rakannya yang duduk dalam posisi yang berlainan.

Bukan itu sahaja malah ada juga dalam kalangan para netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana tidak perasan meletakkan anak dalam posisi yang salah.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Hahaha confused dia yang mana satu betul.”

“Lah awat adik duduk lagu tu…”

“Aku pernah buat macam ni wei. Kesian anak aku terkangkang.”

“Hahaha teringat husband saya pun pernah tersalah letak macam tu.”