Cover Lagu ‘Di Penjara Janji’, Nyanyian ‘Selamba’ Hafiz Suip Raih Perhatian Netizen

Seorang penyanyi terkenal Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip ini sememangnya cukup popular dengan lagu ‘Awan Nano’ suatu ketika dahulu. Sepanjang kariernya, dia juga telah menerima banyak anugerah seperti Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu, Lagu Serantau Paling Popular dan Kolaborasi Terbaik.

Iospital phone repair gombak

Setelah sekian lama menyepi dalam industri muzik tanah air, bekas juara program Akademi Fantasia musim ke tujuh ini telah memuat naik sebuah video dirinya yang menyanyikan semula lagu Di Penjara Janji oleh penyanyi lagenda Awie itu mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di halaman TikTok, Hafiz yang terkenal dengan ketinggian suarannya membawakan lagu tersebut dengan cukup ‘selamba’. Walaupun sudah beberapa tahun tidak muncul di pentas berprestij tetapi aura dan vokal yang dimiliknya masih sama seperti dulu!


Umum mengetahui, lagu Di Penjara Janji ini sebenarnya amat tinggi dan tidak semua orang mampu menyanyikannya dengan note asal namun Hafiz sekali lagi telah menunjukkan bakat dan kehebatannya yang tidak boleh disangkal lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dengan nyanyian Hafiz yang cukup memukau itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meluahkan rasa rindu untuk melihat pelantun lagu ‘Bahagiamu Deritaku’ itu kembali aktif dalam industri muzik tanah air.

Malah, mereka turut memuji suara dan berharap agar penyanyi ini akan ‘come back’ serta mengeluarkan lagu-lagu baharu.

Antara komen warga maya:

“bila nak buat comeback bang?”


“rindunya lahai suara ni secara live…”


“hafiz..please come back ke persada seni dengan lagu-lagu balada mantap macam awan nano..”


“idol tone hafiz ni mahal…sebab tu kalau ikut ajl tak pernah kalah..”


“salah seorang artis yang lahir dari realiti tv..yang sangat saya minati dan kagumi dari segi vokal dari dulu dan kini..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@hafizsuip90Dipenjara janji cover by hafizsuip♬ original sound – hafizsuip90

Sekadar info, pada tanggal 14 Mei 2016, Hafiz Suip telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya Nureffy Jasreel Abdullah.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Muhammad Riyadh Zafri.