Cuba Minum Air Milo Buat Kali Pertama, Reaksi Wanita & Ibunya Dari Scotland Ini Raih Perhatian Netizen

Siapa sahaja yang tidak tahu air Milo kegemaran ramai yang sememangnya popular sejak dari dulu lagi di kalangan rakyat Malaysia bukan?

Iospital phone repair gombak

Rasa koko yang dicampurkan dengan susu, minuman ini sering diminum sebagai sarapan sebelum memulakan rutin harian masing-masing.

Baru-baru ini, tular satu video di laman TikTok mengenai seorang gadis yang berasal dari Scotland memperkenalkan air Milo kepada ibunya yang menetap di Malaysia.

Difahamkan, dia bersama ibunya popular dengan aktiviti menjelajah makanan dan minuman unik di negara kita ini dan memberikan pendapat mereka mengenai rasa dan persembahan makanan yang dijamah oleh mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @alanadunsmore, ibunya itu pertama kali mencuba air Milo itu dalam hidupnya.

Bagi ibunya, rasa air Milo itu seperti rasa air coklat milkshake akan tetapi dengan kepekatan yang kurang berbanding milkshake.

Dan bagi ibunya, dia lebih menyukai air Milo kerana rasanya yang sebati berbanding dengan coklat milkshake yang terlaku pekat di negara mereka.

Dengan air Milo Ais di Malaysia inilah yang membuatkan dia lebih menggemari minuman coklat yang selama ini tidak digemarinya.

“Mak saya mencuba minum milo ais buat pertama kali. Katanya sedap dan memang padan dengan rasa tekaknya,” terang Alana yang merupakan perakam video tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat dia bersama ibunya serta memberikan pendapat masing-masing.

Malah ada netizen yang memberikan idea untuk mereka mencuba versi milo ais Malaysia, iaitu Milo Tabur ataupun Neslo.

Antara komen netizen:

“milo ais tabur.. or neslo that is the combination of nescafe and milo..”

“u should try at mamak or as a Milo kaw ..💖then u know our Milo is moreee paduuuu rather than mantap 😭”

“after put ice, you add some more milo powder. we call it milo tabur. some sort have oreo crunch on top of your drink. mantapp bosss kuurrrr.”

Video TikTok yang tular:

@alanadunsmore Milo ais is a BIG thumbs up from mom 😍🫶🏼🇲🇾 #malaysia #malaysiantiktok #malaysiatiktok #fypmalaysia #kualalumpur #kl #fypkl #miloais #milo #mamakdrinks ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey