Cuba Tips ‘Viral’ Tidurkan Anak Dengan Mudah Di TikTok, Sekali Lain Pula Jadinya Buat Ramai Berdekah!

Dalam fasa membesar, anak-anak tentu mempunyai pelbagai ragam mereka tersendiri bahkan jika sudah berusia setahun dan keatas, mereka akan lebih memilih untuk bermain berbanding tidur.

Iospital phone repair gombak

Jadi, ianya akan membuat ibu bapa sedikit ‘pening kepala’ untuk menidurkan mereka apatah lagi jika anak semakin aktif dan lasak.

Terdahulu, pernah tular dilaman TikTok dimana seorang wanita menidurkan anaknya dengan sangat mudah bahkan ramai yang mencuba tips tersebut termasuklah bapa ini.

Namun, lain pula terjadi apabila si bapa mencuba tips ini pada anaknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @jemahramleerr, kelihatan lelaki itu baru saja melihat video di telefonnya tentang cara untuk tidurkan anak dengan mudah.

Ingin turut mencuba melakukan tips itu, dia mengambil anaknya yang sedang bermain kemudian melakukan cara tersebut berulang kali di muka anaknya.

Tapi apa yang membuatkan ramai berdekah apabila si anak dengan pantas menampar muka ayahnya bahkan reaksi spontan itu juga membuatkan si isteri yang merakam gelagat ayah dan anak ini turut tergelak sakan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur melihat video tersebut malah memberikan pandangan masing-masing mengenai tips viral itu.

“Hahaha comel, tapi teknik tu sesuai untuk budak yang memang tengah mengantuk tapi lawan mata. Kalau tengah sedar macam tu, memang fikir nak bermain jelah” – Netizen

Bukan itu sahja, netizen juga turut memuji kecomelan mereka anak beranak bahkan akui tips itu hanya berkesan pada bayi yang sedang menahan mata untuk tidur.

Antara komen warga maya:

“sorry bang saya tergelak…by the way anak abang and akak cute sangat…”

“masya’Allah…berulang kali tengok…comel sangat…subhanallah…”

“budak tu tengah segar lagi mata…duk paksa tido kan dah mendapat…”

“hahahha anak tengah cergas lagi ajak tido kan dah mendapat…cuba time betul-betul anak ngantok…”

Video yang tular di laman TikTok:

@jemahramleerr jum kite cube🤣🤣🤣 #lawakpecahperut ♬ original sound – AJ🌹