Cubaan Dua Orang Remaja Sekolah di Sarawak Buat Drift Gagal, Kereta Remuk Teruk Selepas Rempuh Kedai

Bagi remaja yang baru mendapat lesen memandu mungkin mereka sudah tidak sabar-sabar lagi ingin keluar bersama rakan-rakan sebaya. Namun tanpa mereka sedar, mereka masih kurang cekap dan mahir memandu dan mengawal pergerakan kereta.

Iospital phone repair gombak

Walaupun sudah berjaya lulus JPJ, perasaan teruja itu sepatutnya mendorong mereka berlatih lagi memandu dengan cermat agar semakin cekap dan tidak menyusahkan orang lain jika berlakunya kecelakaan jalan raya yang boleh membahayakan pengguna yang lain..

Terbaharu, lagak ngeri dua orang remaja yang masih bersekolah telah memandu secara merbahaya sehingga mengundang padah apabila kereta yang dipandu mereka didakwa merempuh sebuah kedai.

Kejadian ini menjadi tular setelah salah seorang daripada mereka memandu dengan cuai sambil membuat cubaan untuk melakukan aksi drift dengan menggunakan kereta jenis Perodua Alza.

Difahamkan kereta yang mereka pandu telah hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kedai yang terletak di Miri, Sarawak dan insiden tersebut menyebabkan keremukan teruk di bahagian hadapan kereta.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat gelagat dua orang remaja yang masih belajar memandu cuba untuk drift! Malah menurut sesetengah netizen, kereta jenis Alza berkenaan bukanlah untuk drift dan mereka tidak sepatutnya menggunakan front wheel drive (FWD).

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh warganet di TikTok

“chibai one two chibai one two.. kedepekk”

“salah keta mok pakey drift🤣🤣🤣🤣🤣”

“ni bukan alza vtec bang”

“fuh memang hebat ah FWD buat drift”

“lambat sangat dia lock stering tu”

Video yang tular di laman Facebook dan TikTok

@majoritiofficial Min tak tau la nak cakap apa. Korang kena tengok video penuh 😂😂😂 VIDEO ASAL DALAM ARTIKEL #fyp #beritaditiktok #trendingtiktokmalaysia #beritasemasa #driftmalaysia ♬ original sound – Majoriti Official