“Cuma ingin kesetiaan..” Hasil 2 Tahun Menabung, Isteri Hadiahkan Kereta Idaman Suami

Sehari dua ni pelbagai kisah kita dengar dimana suami mengkhianati isteri ketika sudah mula mempunyai segalanya, ada yang ‘tapaw’ 100% syer dan membuang nama isteri dalam syarikat.

Ada yang isteri ber’title’ ‘founder’ tapi makan gaji seperti kuli dek kerana semua duit masuk ke dalam akaun peribadi suami.

Namun dalam pebagai kontroversi yang muncul, masih ada suami yang menghargai isterinya dan tidak luak walaupun satu sen duit sang isteri walaupun isteri merupakan seorang usahawan.

Sama juga seperti video yang tular baru-baru ini dimana seorang isteri membelikan kereta idaman suami bagi membalas jasanya mencuri tumpuan ramai.

Difahamkan, usahawan yang lebih mesra dikenali sebagai Nasreen Borhan ini berasa sangat ‘excited’ untuk membuat kejutan kepada suami tercinta.

“Dua hari lepas dapat call dari seller kereta yang saya beli untuk suami dah sampai.. tapi dah plan dengan seller jangan bagitau suami”

Sekian lama mengumpul duit, menunggu hari dan kini masanya telah tiba dan dikatakan suaminya tidak tahu tentang hal ini.

Bukan itu sahaja, malah wanita ini juga secara diam-diam menabung selama 2 tahun untuk membeli kereta pada suaminya itu.

“alhamdulillah ni lah hasil saya menabung dua tahun hasil bisnes dirumah je sambil jaga anak.. dan ni kereta idaman suami dari dulu lagi”

“dia mula pelik tapi kitorang cakap datang isi borang sahaja” katanya


Menyedari anak-anak merupakan sumber rezeki, wanita ini juga memaklumkan mereka berdua hanya menumpang rezeki cahaya mata mereka.

“macam ni lah kami pergi mana-mana memang anak tak pernah tinggal. Apa yang mama papa ada hanya tumpang rezeki anak-anak”

Suami merupakan penguat semangat

“terima kasih sanggup resign kerja demi saya.. sudi tolong saya jaga anak.. sama-sama tolong bisnes saya.. bila saya down awak bagi semangat”

“terima kasih jadi suami yang terbaik.. layan saya dan anak-anak dengan baik.. saya tak pernah pandang harta kekayaan dan kemewahan.. saya cuma ingin kesetiaan dan kebahagiaan rumah tangga..” ujarnya lagi

Wanita ini juga meluahkan rasa terima kasih kepada mereka yang pernah menghina dia dan suami ketika mereka berada di titik yang terendah dalam kehidupan dan wanita ini menyifatkan itu merupakan salah satu pembakar semanagat buatnya.

“terima kasih yang pernah hina kami dulu! yaa dulu kami susah, tak berduit, tapi hinaan korang dulu buat kami lagi semangat”

Video yang tular di laman TikTok:

@nasreen_borhan12Akhirnya moga dipermudah urusan harini♬ suara asli – Hi, ini meme –

“Orang ckp wanita diuji saat lelaki tak punya apa apa. Tapi saya masih setia disaat suami tak punya apa apa. Alhamdulillah dapat beli hadiah kereta untuk suami,”

@nasreen_borhan12 Balas kepada @fateen_aten ♬ original sound – Munirah Nazri

“Orang hanya nampak kesenangan kita sekarang tapi kesusahan kita dulu orang tak nampak ”

@nasreen_borhan12 Balas kepada @norfaiqarahman1 ♬ suara asli – Mesut Aziel Cobra

Ketika artikel ni ditulis, video tersebut telah meraih 327.0K tontonan, 22.1K tanda suka, 916 komen dan 860 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tumpang gembira melihat pasangan ini yang ada tatkala susah dan senang.

Berikut merupakan komen-komen dari warga maya:

Betul kata orang, wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa dan elaki diuji saat dia memiliki segalanya. Semogaikatan suami isteri ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 917