Curi Mata Wang Kripto Datuk A. Aida, Mas Khan Didenda RM17 Ribu

Menerusi laporan Harian Metro, pelakon Mas Khan telah disabitkan kesalahan mencuri mata wang kripto milik penerbit filem Datuk A. Aida yang bernilai RM213,805.

Didenda RM 17, 000 atau berdepan penjara selama 26 bulan

Beliau didenda sebanyak RM17000 atau bakal berdepan hukuman penjara selama 26 bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur.

Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu terhadap Mas Khan, 26, atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan.

Tertuduh menukar pengakuan bersalah 

Memetik laporan Harian Metro, hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah semasa sebutan kali ketiga kes itu.

Untuk pertuduhan pertama, pelakon itu didenda RM7,000 atau penjara 12 bulan manakala, denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.

Didakwa mencuri wallet mata wang kripto Datuk A.Aida

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa mencuri wallet yang merupakan mata wang kripto.

Wallet tersebut milik Zaidah Awang, 50, atau dikenali sebagai A.Aida tanpa izin bernilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur, pada 5 pagi 7 Mac 2019.

 

View this post on Instagram

 

❤️❤️❤️ Morning Sayang2 ku #Jom tengok wayang #Jom dengar Bernama Radio #ratukalajengking #aaidaproduction

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction) on

Disamping itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, pelakon itu yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan memohon denda minimum atas alasan anak guamnya penanggung utama keluarga.

Jumlah kerugian mangsa adalah tinggi melebihi RM200,000

Tertuduh juga telah memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sejak awal siasatan.

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira keseriusan kes yang dilakukan.

Selain itu, hukuman juga mengambil kira jumlah kerugian dialami mangsa adalah tinggi iaitu lebih RM200,000.

Saidatul
Saidatul
Articles: 20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.