“Cute mak hayder” Makeup Melekat Dekat Muka Suami, Reaksi Eyra Hazali Tersipu Malu Buat Ramai Geli Hati

Siapa tidak kenal dengan pasangan suami isteri sama cantik sama padan ini iaitu Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli yang masing-masing merupakan seorang pelakon dan pemain bola sepak.
Iospital phone repair gombak
Bukan sahaja gelagat mereka sering mencuit hati malah kecomelan dua orang anaknya turut mencuri tumpuan ramai!

Seperti yang kita sering lihat di media sosial, Eyra seringkali membawa anaknya ke stadium bagi memberi sokongan kepada Haziq ketika perlawanan bola sepak.


Namun kali ini pasangan tersebut sering menjadi perhatian ramai apabila berlakunya situasi yang melucukan yang membuatkan netizen geli hati.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @honeymust3, dapat kita lihat Haziq mencium dahi Eyra Hazali.


Namun apa yangmencuri tumpuan orang ramai adalah, apabila foundation Eyra dilihat terlekat di muka suaminya.


Setelah menyedari terdapat foundation di bahagian bibir, Haziq dengan cepat membersihkannya menggunakan tangan bahkan si perakam juga sempat berseloroh mengatakan mungkin makeup yang dikenakan agak tebal sebelum Eyra tersipu malu sambil membawa anak kepada suaminya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini malah ada juga yang mengakui suasana di stadium yang agak panas dan ‘crowded’ itu boleh menyebabkan makeup cair.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama dimana makeup mereka cair apatah lagi bagi orang yang mudah berpeluh.

Antara komen warga maya:

“I pernah salam boyf mak i pastu melekat dekat tangan dia AAAAAAAAA”

“Sebab tu aku kalau gi tempat yang confirm akan berpeluh, aku takkan make up.. biar natural je..”

“Yang suka make up tapi muka cepat berpeluh, macam ni la jadinya.. apa pun enjoy..”

“Tetiba.. mak nak kawennn”

“Kalau laki bini je tahu macam ni boleh terima lagi… ni ada orang lain nampak lagi malu”


Video yang tular di laman TikTok:

@honeymust3 comel je mak pak hayder ni 😂 #fyp #fypシ #eyrahazali #haziqnadzli ♬ after last night – mika