“Dah lama nak adik” Reaksi Budak Lelaki Gagal Tahan Air Mata Bila Tahu Ibu Pregnant Undang Sebak Netizen

Bila menjadi anak sulung, pastinya mereka akan berharap untuk mendapatkan adik bagi menjadi peneman dan kawan untuk bermain.
Iospital phone repair gombak
Jadi tidak hairanlah ramai yang akan teruja bila mengetahui akan ada ahli baru dalam keluarga dan mereka akan menjadi abang ataupun kakak kepada adik yang bakal dilahirkan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita telah membuat kejutan kehamilan kepada anak lelakinya mengundang sebak ramai.


Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @mirayusri1, kelihatan wanita itu sedang melawat anaknya yang menuntut di sebuah sekolah tahfiz.

Sewaktu mereka berada di dalam kereta, wanita itu terus memberikan alat ujian kehamilan yang bertanda positif kepada anaknya.

Melihat sahaja perkara tersebut, anaknya tersenyum lebar dan sangat teruja kerana akan memiliki seorang adik.

Pun begitu, situasi bertukar sebak apabila dia tidak dapat menahan airmatanya.


Difahamkan, dia sudah lama menjadi anak tunggal dan menginginkan seorang adik. Dia juga sering berdoa supaya satu hari nanti ibunya akan mengandung lagi. Akhirnya, dia tak sangka doanya dimakbulkan oleh Allah SWT.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat reaksi budak lelaki itu sekaligus tumpang gembira dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Alhamduilillah, keluar air mata saya tengok reaksi dia. Anak dan abang yang baik ni” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga berharap supaya budak lelaki tersebut dapat menjadi abang yang baik buat adiknya dan mendoakan agar kandungan wanita itu sihat sehingga proses melahirkan.

Antara komen warga maya:

“Alaaaa mula2 acik senyummm… pastu tetiba acik sebak tengok adik nangis”

“Tahniah anak soleh.. semoga abang membesar jadi anak yang baik yang melindungi dan menjaga adik sampai hujung nyawa”

“Tersentuh hati tengok adik sedih.. jaga ibu n adik baik2 ye..”

“Sama macam anak laki saya suka sangat budak2 dan selalu cakap nak adik”

“Baiknya kamu sayang, esok kalau dah kawin isteri yang pregnant tak terbayang bahagianya dia”


Video yang tular di laman TikTok:

@mirayusri1♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline