“Dah macam askar,” Kawan-kawan ‘Bakar Line’, Adik Ini Bersemangat Baca Doa Makan

Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi dalam memberi didikan agama dengan akhlak yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,negara dan masyarakat.

Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang anak bermula daripada ibu bapa, sekiranya didikan itu dari didikan dengan cara yang baik, maka elok lah segala tingkah laku mereka.

Namun lumrah sebagai anak yang menuntut ilmu, dia akan lebih bersemangat jika mempunyai kawan yang sentiasa ‘support’ dan ada dalam apa jua keadaan.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang budak lelaki diminta untuk mengetuai bacaan doa mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat kita lihat budak lelaki yang lengkap berpakaian serba hijau dipercayai uniform sekolahnya bersedia untuk mengetuai bacaan doa makan di hadapan rakan-rakannya yang lain.

Pada awalnya dia kelihatan malu dan membaca doa tersebut dengan nada yang rendah, namun dek kerana ‘semanagat luar biasa’ rakannya yang lain membuatkan dia lebih berkeyakinan dan membaca doa tersebut dengan kuat.

Dia secara tiba-tiba menguatkan suaranya ketika membaca doa tersebut persis seperti seorang askar.

Video yang tular di laman TikTok:

@itsmesyafik Bersemngat terus 😅 #fyp #foryoupage ♬ original sound – Capik

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 152.3K tontonan, 13.0 tanda suka, 320 komen dan 949 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat budak lelaki ini yang terus bersemangat setelah rakannya ‘bakar line’.

Tidak kurang juga ada yang kagum melihat semanagat luar biasa adik ini.

“ni PASTI ke kem askar wataniah? abang pula rasa nak buka kawad kaki dengar kau baca doa dik hahaha” – Netizen

Dalam pada masa yang sama, ramai di antara para netizen berseloroh mengatakan budak ini pantang dicabar dan boleh ‘apply’ untuk menjadi askar satu hari nanti.

Berikut merupakan komen-komen warga maya:

Kredit: YOY Network