“Dapat ke ubat hati dengan RM200k tu?” Zulin Aziz Persoal Tindakan Saman Siti Nordiana

Isu saman menyaman antara selebriti kini seolah-olah sudah menjadi perkara biasa. Kisah saman menyaman antara Siti Nordiana nampaknya tidak berkesudahan lagi.

Baru baru ini, Pelakon dan personaliti TV, Farah Azleenda Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz dikritik netizen apabila dia ada meninggalkan komen di ruangan Instagram Siti Nordiana yang didakwa telah mempersoalkan keperluan menyaman rakan artis sebanyak RM200,000.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz)

Zulin dilihat menulis komen berbunyi “Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubat hati yang terluka..” sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sebilangan warga netizen menyifatkan Zulin sebagai cemburu dan hanya meraih publisiti murahan dengan mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Pengajaran untuk mereka ini. Dah berusia kan semua, tak kan nak jadi mak cik pak cik bawang mengata kawan sendiri.” tulis seorang pengguna media sosial.

Netizen Menerangkan Situasi Kepada Zulin Aziz

Bukan itu sahaja, ada juga sebilangan netizen yang cuba menerangkan kepada Zulin Aziz nilai saman yang diberikan.

“Pengajaran untuk diorang ini, dah berusia kan semua tak kan nak jadi mak cik bawang pakai telekung mengata kawan…”

“Berbilion saman pun tetap tidak dapat ubat hati, tapi bagi pengajaran itu pasti”

Mengeluarkan saman RM200,000 setiap seorang

Terdahulu, pelakon yang dkenali dengan drama Dia Semanis Honey itu telah mengeluarkan saman RM200,000 setiap seorang terhadap Lan Solo, isteri Lan Sheila, Syura Badron dan dua individu lain selepas gagal memperoleh permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang disarankan sebelum ini.

Ini berikutan kelima-lima sahabat itu ada ‘memetik’ nama Siti Nordiana dan mendakwa penyanyi itu menuduh Lan Solo menumpang populariti selama berkecimpung dalam dunia hiburan serta sesetengah pihak produksi juga enggan mengambil mereka untuk bekerja dipercayai disebabkan oleh pengaruh Siti Nordiana.

Sebelum ini juga, kecoh di media sosial apabila penyanyi Syura Badron, Lan Solo dan isterinya, Sheila Razlan membuat IGLive untuk berkongsi punca pergaduhan mereka dengan penyanyi Siti Nordiana (Nana).

Difahamkan perselisihan dan salah faham di antara mereka ini sudah lama berlaku dan masih berlarutan sehingga sekarang.

Walau bagaimanapun, ramai yang mendoakan agar pergaduhan dan salah faham ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.