“Dasar Pemalas! Pengotor!” Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas, Penduduk Flat Luah Rasa Kesal

Amalan buang sampah merata ini bagaikan tidak dapat dibendung, buat lah kempen kesedaran alam sekitar macam mana sekalipun namun jika ianya tidak bermula daripada diri sendiri, maka ianya tidak kemana juga.
Iospital phone repair gombak


Perlu diingat, kelakuan seperti ini sebenarnya mencerminkan siapa diri kita. Di tempat awam pun boleh buang sampah merata apatah lagi di dalam rumah sendiri bukan?

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menunjukkan satu situasi ‘menjijikkan’ di sebuah rumah flat mengundang amarah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik olehnya di laman TikTok @maz_hassim, dia meluahkan rasa kecewa apabila melihat sampah sarap yang berselerakkan dan apa yang lebih menyakitkan hati adalah sampah sarap tersebut dibuang oleh penduduk dari tingkat atas.


Dapat kita lihat, terdapat bungkusan sampah seperti sisa makanan, lampin bayi, tuala wanita yang sepatutnya dibuang dengan baik di tempat yang betul.

Mungkin si pelaku mahu mudah dan tak mahu turun dari rumah untuk membuang sampah, tapi tindakan mereka memberi kesan pada penduduk lain.

Difahamkan tempat tersebut mempunyai tukang pembersihan namun itu bukanlah satu ‘tiket’ untuk melakukan tindakan sedemikian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut yang bukan sahaja pemalas tapi juga pengotor dan mementingkan diri sendiri.

Bagaimana pun, ada juga netizen akui ‘pemandangan’ tersebut adalah normal dan sering berlaku bagi penduduk rumah flat.

Antara komen warga maya:

“Duduk rumah flat 15 tahun tak tahan dah, jual flat balik kg buat rumah.. amann..”

“Kenapa la dia lahir jadi manusia”

“Kalau namapak siapa buang kutip balik sampah tu pergi campak depan rumah dia”

“Pernah pergi 2,3 tempat lebih kurang macam ni.. perangai semua sama je.. ada yang kencing dekat tangga”


Video yang tular:

@maz_hassim senangnya hidup. mentang2 ada cleaner kan..@Ajie @pa2jahat #buangsampah #pengotor #pemalas ♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX