Demam 6 Hari Berterusan, Anak Usia 4 Bulan Pergi Menghadap Ilahi Sekelip Mata

Bukan mudah bagi setiap insan menerima hakikat suatu pemergian yang tidak akan kembali.

Begitu juga dengan ujian yang menimpa pasangan ini yang kehilangan bayi berusia 4 bulan pergi mengadap ilahi dalam sekelip mata.

Menerusi laman sosial Facebook, Dalila Yusof telah berkongsi coretan hati mengenai anak syurganya yang berusia empat bulan.

ANAQI TSAQEEF ANAK SYURGA IBU BABAH

18 Sept 2019 (Rabu)
“Pagi tu anak ibu bangun senyum gelak macam biasa, makan minum pon macam biasa. Tapi tengahari dlm pukul 12 tiba2 ibu rasa macam badan adik panas”.

“Jadi, ibu check suhu adik 38.3 dan dalam pukul 2.30ptg macamtu ibu babah bawak adik pegi hospital pantai”.

“Sampai sana check suhu adik 39.8 sangat tinggi untuk baby 4bulan (Bukan demam panas).Tapi masih tak admit. Dr sumbat ubat punggung untuk kurangkan suhu”.

“Dr pakar kanak-kanak tu check dia kata just demam virus. Biasala baby2 kan dia kata. Ibu babah dengar rasa lega. Dr just bagi ubat demam then kami balik”.

“Bila balik tu anak ibu macam aktif masih gelak2 makan pon banyak. Ibu babah still monitor suhu dia tapi suhu naik turun”.

“Start adik demam Ibu babah tiap masa jelum badan kepala adik untuk sejukkan badan(org petua) sampai ke pagi”.

19 Sept 2019 (Khamis)
Sepanjang malam suhu adik still tinggi juga then adik ada cirit birit. Ibu ingatkan badan adik panas tak pon tindakbalas ubat yang menyebabkan adik cirit birit rupanya tak”.

“Badan adik dah start dihydrated. Pagi khamis ibu cuba petua orang cakap mandi dengan lemon, cool fever letak dkt bawah ketiak, belakang leher”.

“Ibu cuba nak bagi adik full bf sepanjang adik demam tapi adik tak mau sangat sedangkan adik lapar”.

“Tapi bila ibu bagi direct bf adik still hisap cumanya kejap hisap kejap lepas. Macam dia ada something tak kena”.

“Ibu berjaga sepanjang malam monitor suhu adik dengan jelum badan kepala adik sampaikan kain tak sempat kering ibu jelum adik sebab kesian adik tak larat”.

“Ibu nak bagi adik segar aktif mcm biasa. Ubat still ibu bagi mcm biasa 4-6jam sekali”.

20 Sept 2019 (Jumaat)
“Pagi jumaat adik still lemah suhu pon mcmtu juga 37.5-39 then ibu bagi ubat suhu turun kejap lepas habis ubat suhu naik semula”.

“Lepas jumaat ibu babah bwk pula adik p bhgian kecemasan Hosp SP. Time tu suhu adik agak tinggi dalam 38 keatas”.

“Adik lemah juga time tu. Tapi bila p bahagian kecemasan HSAH ibu ingatkan adik akan dapat priority sebab dia baby dan keadaan dia yang macamtu”.

“Tapi malangnya still kena tunggu turn yang mybe dlm 4-5 jam lagi. Bila babah tanya pon still jawab tak boleh kena ikut turn juga. Sangat kecewa time ni dengan bahagian kecemasan HSAH”.

“Dr situ check macam takda apa, still kata demam biasa dan dr bagi ubat demam juga. Bila diingatkan balik dia sebagai Dr takkan mcmtu ja buat kerja”.

“Check pon biasa ja sedangkan baby dah demam 3hari kot suhu turun naik tak kebah. So balik tu ibu try bagi ubat yg klinik pula”.

“Bila ibu bagi ubat klinik tu suhu adik turun sampai ke 35 mcm tu. Memang sangat rendah dah dan tak demam”.

“Time tu syukur sangat dekat Allah sebab suhu adik turun. Rupanya tak dia nak bagi ibu babah lega kejap ja. Bila ubat habis suhu adik naik balik”.

21 Sept 2019 (Sabtu)
“Adik masih lagi mcmtu cumanya suhu dia rendah sikit dlm 37-38. Kadang turun 36. Kadang demam kadang dak macamtu”.

“So ibu babah ikhtiar untuk bawak adik jumpa ustaz pula kalau2 adik ada gangguan. Orang suruh cuba so ibu babah buat. Time tu adik lemah mybe adik sakit dh ibu babah tak tau  Ustaz cakap biasala maybe gangguan ni”.

“So ustaz buat air penawar suruh balik bagi mandi semua la. Takpa ibu babah ikhtiar. Balik macam biasa adik tidoq jaa sebab tak larat tapi susu adik still minum banyak”.

“Babah perasan ubun2 adik dah tenggelam tak macam biasa. Ingatkan berat adik turun so ubun2 pon jadi tenggelam. Rupanya apa yang dr bagitau sebab adik dihydrated”. 

22 Sept 2019 (Ahad)

“Anaqi Tsaqeef bangun pagi tu ibu gerak sebab nak bagi adik mandi awai, ibu cuba lagi bagi adik mandi ayaq daun bunga raya putih sebab orang petua mcmtu kalau demam”.

“Lepastu bagi makan ubat dan adik tidoq. Suhu adik tak tinggi sgt dalam 37 lebih mcmtu. Tapi bila mai petang tu adik macam mengerang maybe adik sakit sangat dah”.

“Suhu adik pon tak tinggi time petang tu. Tak demam dah. Sampaikan ke tengah malam adik tak bole nak tidoq mata pon dah taknak tengok orang”.

“Asyik mengerang geleng-geleng nafas pon laju sangat. Adik mcm nak bgtau something dkt ibu babah tapi adik tak reti nak habaq lagi, Allahu”.

23 Sept 2019 (Isnin)
“Tengah malam disebabkan adik tak boleh nak tidoq sebab adik macam mengerang sakit so ibu babah decide bawak adik p hosp dalam pukul 1230pagi macamtu”.

“Ibu babah bawak adik p kecemasan hosp kepala batas. Time tu adik dalam keadaan sangat tenat sebab nafas terlalu laju MALANGNYA bila sampai di kecemasan hosp kepala batas tu staff disitu cakap kena tunggu turn sebab ramai”.

“Ya Allah bertapa kecewanya ibu babah bila diingatkan balik. Sampaikan anak ibu babah setenar tu masih lagi suruh ikut turn”.

“Kali kedua ibu babah KECEWA dengan kecemasan hosp govern. Jadi, keadaan adik yang macamtu mmg tak boleh dah ibu babah nak tunggu turn so bwk adik terus ke kecemasa Hosp Pantai”.

“Dan bila dekat situ dr cakap adik dah sangat teruk keadaan dia so pihak hosp takda peralatan nak support adik punya sakit tu”.

“Jadi dari pantai buat surat terus refer ke kecemasan HSAH. Bila sampai di kecemasan HSAH adik terus masuk zone kuning”.

Ibu Dukung Adik Sampai Masuk Zone Merah

“Ibu dukung adik sampai kali terakhir adik masuk zone merah. Time tu ibu rasa luluhnya hati ibu sebab adik terus kena tolak ke zone merah sebab keadaan adik sangat tenat dah”.

“Tak sempat ibu nak cium adik buat kali terakhir sebab Dr dkt situ dh nak buat procedure dkt adik. Lemahnya ibu dgn babah time tu”.

“Sampaikan Dr dah minta izin dkt ibu babah nak masuk wayar dkt mulut adik dan nafas melalui mesin. Time tu ibu mampu cakap dekat dr, dr buatlah yang terbaik untuk anak ibu”.

Dr Tolak Adik Masuk Ke NICU

“Bila dah siap dkt zone merah dr tolak adik masuk ke NICU. Dekat situ ibu tak pernah langsung terpikir yg adik akan p tinggal ibu”.

“Yang ibu pikir adik akan sembuh adik kuat semangat. Tak henti doa ibu babah dkt adik. Dr mai tanya ibu babah tentang adik”.

“Dari A-Z ibu cerita. Bila Dr kata keadaan adik sangat kritikal dan bila-bila masa baby akan meninggal. Time tu Allah saja yang tahu apa yang ibu babah rasa”.

“Anak ibu Allahuakbar. Dr kata dari pukul 2-6pagi respon adik sangatlah sikit. Dr masih cuba yang terbaik untuk adik.

Ibu nak sangat bagi adik menyusu time tu sebab last adik minum pukul 11 semalam saja sebelum bwk adik p hosp. Tapi adik kena puasa.

“Dalam pukul 8pagi macamtu ibu babah tengok dr dah kalut2 p dekat adik rupanya time tu jantung adik dah stop sekejap then dr buat cpr”.

“Then bila kali kedua pukul 9 pagi jantung adik stop lagi dr cuba lagi yg terbaik utk adik. Tapi adik dah tak mampu adik dah tak larat.

Adik Pergi Menghadap Pencipta 

“Pukul 10pagi adik pergi menghadap pencipta adik. Ibu babah minta maaf sebab takda dekat sisi adik time adik menghembuskan nafas adik sebab dr tengah buat procedure”.

“Adik p dengan tenang tanpa sekelumit pon menyusahkan ibu dgn babah. Time tu ibu tak mampu nak berkata apa”.

“Kosong jiwa ibu Allahu. Bertapa hebatnya kuasa DIA. Ibu babah terlalu sayang anak ibu babah tetapi Pencipta adik lebih sayang adik melebihi segalanya”.

“Dr cakap badan adik dihyrated masa demam dan menyebabkan kuman merebak dalam darah adik”.

Keseluruhan Badan Adik Dah Dijangkiti Kuman

“Keseluruhan badan adik dah dijangkiti kuman. Terlalu cepat benda ni jadi. Sekelip mata Allah ambik anak ibu babah. Allahu”.

“Ibu babah redha dengan ikhlas Allah ambik Anaqi Tsaqeef. Adik doakan ibu dgn babah kuat ya sayang”.

“Anaqi Tsaqeef penghuni pertama rahim ibu zuriat pertama ibu dengan babah. Tetap dlm hati ibu babah sampai akhir hayat ibu babah”. 

“Anaqi Tsaqeef anak yang sangat baik. Paling sempurna. Hensem, comel, putih, baik. Sepanjang menjaga adik dari dalam pantang sampai ke akhir hayat adik sangat mudah”.

“Rindu ibu babah dkt adik takkan hilang. Moga Allah beri kekuatan luar biasa utk ibu dgn babah tempuh ujian ni. InshaAllah” 

Damailah anak syurga ibu babah disana.

Anaqi Tsaqeef Bin Muhammad Ikhwan
10 Mei 2019 – 23 September 2019

Salam Takziah buat keluarga bayi Anaqi Tsaqeef, kami doakan damailah anak syurga ini disana.

Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

Default image
admin
Articles: 757