“Demam sikit saja ragut nyawa,” Hanya Mampu Lihat Jenazah Adik Menerusi Cermin, Kakak Luah Rasa Sayu

Peningkatan kes wabak pandemik saban hari bagai tiada penghujung. Kes kematian pula makin melonjak naik.

Begitu juga dengan Nik Laila Nik Mahayuddin, 48 yang berhadapan detik detik yang menyayat hati apabila hanya mampu melihat jenazah adik perempuannya menerusi cermin sewaktu pengecaman dibuat di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Foto: Harian Metro

Biarpun sayu, Mereka sekeluarga reda atas kehilangan ahli keluarga tersayang iaitu adiknya Nik Nurjihan, 43, yang mencatat rekod antara kes mayat dibawa ke hospital atau Brought In Dead (BID) dengan positif C0VID19.

Laila mendakwa Kali terakhir mereka berhubung cuma berborak ramai-ramai dalam kumpulan WhatsApp keluarga pagi Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai lalu.

Whatsapp namun tak dibalas

“Kemudian hari Ahad 25 Julai masa saya di Sunway Pyramid menemani suami untuk cucuk vaksin dos kedua teringatkannya dan cuba hubungi dan menghantar mesej WhatsApp namun tidak berbalas”

“Menjelang malam masih tiada reaksi menyebabkan saya dan adik-beradik lain risau. Saya tanyakan abang saya jika ada simpan kunci pendua rumah adik sebab adik pernah minta tolong abang untuk ubah suai rumahnya sebelum ini namun abang kata tak ada,” katanya kepada Harian Metro.

Laila dan abangnya berbincang untuk memecahkan pintu rumah Nik Nurjihan- kata beliau

Hamidi Hasssan, 51, yang merupakan suami kepada Nik Laila menasihatkan supaya membuat laporan polis dahulu sebelum mengambil tindakan itu.

Menemui adiknya yang sudah tidak sedarkan diri

“Laporan dibuat di Balai Polis Taman Sri Muda dan kira-kira jam 11 malam hari sama selepas pintu berjaya dibuka, rumah itu bergelap dan abang saya akhirnya menemui adik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pihak hospital dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi selepas dihubungi mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya lagi, pegawai perubatan yang datang dengan ambulans itu memakai lengkap set pakaian pelindung diri (PPE).

Jenazah dibawa ke Jabatan Forensik HTAR 

Menurutnya Laila, jenazah adiknya kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HTAR dan perlu menunggu keputusan sampel yang dihantar ke Hospital Sungai Buloh.

“keputusan diterima Kira-kira 6 petang keesokannya (26 Julai 2021). Kemudian disebabkan tidak mahu tangguhkan urusan jenazah, kami sekeluarga ambil keputusan menggunakan khidmat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim yang disenaraikan hospital.

“Selepas melengkapkan beberapa dokumentasi NGO berkenaan mendapat slot untuk kebumi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam pada keesokannya (27 Julai 2021).

Diminta untuk buat pengecaman

“Hari berikutnya saya diminta buat pengecaman. Waktu itu memang banyak jenazah dan saya hanya dibenarkan melihat wajah adik dari cermin sebelum saya diminta beredar untuk jenazah adik ditayamum dan disolatkan,” katanya sebak.

Waris tidak dibenarkan melihat prosedur pengurusan jenazah

Katanya, pihak hospital mungkin tidak membenarkan waris melihat prosedur pengurusan jenazah disebabkan kes yang semakin membimbangkan dan berisiko tinggi menjangkiti orang sekeliling.

Jenazah adiknya selamat dikebumikan dan sejurus selesai urusan itu azan Asar berkumandang.

Foto: Harian Metro

Dua waris sahaja boleh ke kubur, itu pun hanya boleh saksikan dari jauh. Ibu kami sangat sedih. Katanya arwah ada hubungi Jumaat lalu (23 Julai). Ibu tanya kepadanya sihat ke?

Adiknya sempat memaklumkan pada ibunya bahawa dia demam sikit sahaja

“Adik beritahu demam sikit. Ibu pesan kepadanya supaya pergi klinik. Adik cakap OK demam sikit sahaja, biasa esok baiklah,” katanya.

Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarhamah dan semoga ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.