Detik Cemas Sebuah Keluarga Tersekat Dalam Rumah Akibat Banjir, Terpaksa Pecah Siling Demi Selamatkan Diri

Hujan yang turun tanpa henti pada minggu lalu di negeri-negeri Pantai Timur telah menyebabkan beberapa kawasan telah dinaiki air sehingga melepasi paras merbahaya.

Iospital phone repair gombak

Malah di media sosial, ramai mangsa-mangsa banjir berkongsikan kawasan kediaman mereka yang semakin ditenggelami air banjir dan dikatakan sehingga paras pinggang.

Difahamkan bahawa mereka juga sukar untuk bergerak ke tempat yang lebih selamat, kerana air yang deras menyukarkan pergerakan mereka dan akhirnya mereka terpaksa berteduh di rumah sambil menunggu bantuan tiba.

Sama seperti sebuah kisah seorang wanita yang berkongsikan detik cemas dia sekeluarga apabila mereka terkandas di dalam rumah sementara menunggu bantuan sampai.

Apa yang lebih menyeramkan, hanya kawasan rumah mereka sahaja yang selamat disebabkan paras air di luar sudah pun mencecah sehingga tahap bahagian kepala.

Manakala bahagian dalam rumah pula, air banjir dikatakan sudah melebihi paras peha.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @sorfena_ itu, mereka sekeluarga bertindak terpaksa memecahkan siling demi menyelamatkan diri mereka dengan berada di bahagian bumbung.

Beberapa ekor kucing juga turut kelihatan berada di atas bumbung tersebut.

Info kini, akhirnya air mulai surut dan Alhamdulillah selamat bergerak dan berpindah ke kawasan yang lebih selamat atas bantuan keluarga dan bantuan sukarelawan ‘Abang Viva’.

Sekadar info, semua haiwan miliknya seperti arnab, kucing dan kuda juga telah selamat dan hanya menunggu team veterinar datang untuk tindakan selanjutnya.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai mendoakan keselamatan lima sekeluarga itu dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu menyelamatkan keluarga ini bersama dengan haiwan-haiwannya yang lain.

Antara komen netizen:

“Allahuakbar moga dipermudahkan urusan sis..ksian melihat nasib kucing² ketika musim banjir ni😭😭😭😭”

“Thank you orang baik! ihsan sesama makhluk😊semoga semua mangsa banjir yg terkesan dipermudahkan urusan dan dilindungi Allah. aminn”

Video TikTok yang tular:

@sorfena_ #prayforpantaitimur ♬ Once Again – Amsyarleee

@sorfena_ Replying to @nreyaa first sekali saya selamatkan kuda bila air dah surut🥰…sekarang kami dah gerak berpindah ke tempat yang lebih selamat atas bantuan ahli keluarga & terima kasih @abangvivaofficial ♬ snowfall – Øneheart & Reidenshi