Detik-detik Bomba Selamatkan Kanak-kanak Terperangkap Di Tengah Sungai Kerana Arus Deras

Umum mengetahui, Kepala air merupakan gelombang aliran air mengejut dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Terbaru, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak 12 tahun terperangkap di tengah sungai akibat daripada kepala air.

Difahamkan, OPS menyelamat mangsa dijalankan oleh Crew Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kampar dan diketuai oleh Tn Sabarodzi bin Hj Nor Ahmad (Pen Pengarah Bhg Latihan JBPM Ng Perak.

Merusi video yang tular itu, kanak-kanak tersebut dilihat terperangkap di atas batu di tengah-tengah sungai arus deras.

Detik-detik mendebarkan anggota Bomba menyeberangi arus deras untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut sempat dirakam dan dikongsikan oleh Pihak Bomba Perak.

Mengulas lanjut, kanak-kanak tersebut diselamatkan menggunakan tali dengan kepakaran bomba yang tiba ketika itu.

Lihat video penuh yang tular di TikTok:

@safuwanrazali pray for adik ni .tersangkut dekat kepala air .operasi menyelamat sedang berlaku . #kepalaair #waterfall #staysafe ♬ original sound – safuwanrazali

@safuwanrazali part 2. misi menyelamat remaja yang tersangkut sebab kepala air,alhamdulillah abang bomba dah sampai kat adik tu #kepalaair ♬ original sound – safuwanrazali

@safuwanrazali part 3: Alhamdulillah,adik tu selamat …terima kasih abg2 bomba. Alhamdulillah . yg lain,hati2 ya time2 musim hujan ni #kepalaair #bomba ♬ original sound – safuwanrazali

Ketika atikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.3M tontonan, 68.8K tanda suka, 1004 komen dan 1096 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menarik lafaz lega apabila melihat budak tersebut dapat diselamatkan.

Bukan itu sahaja, ruangan komen juga dibanjiri dengan rasa bangga netizen terhadap abang bomba dan menyifatkan mereka mampu melakukan apa sahaja demi menyalamatkan negara.

Meremang bulu roma tengok

bangga dengan abang bomba

“saya masih trauma dengan kela air.. kehilangan arwah suami waktu tragedi kepala air di Yan Kedah”

moga abang bomba sentiasa di lindungi Allah 

“Alhamdulillah”

Semoga dipermudahkan urusan

“terbaik abang bomba kita..”

“pesan pada anak-anak jangan lah mandi sungai hujung tahun..”

Semoga kisah adik ini menjadi iktibar pada seluruh rakyat malaysia untuk lebih berhati-hati dan peka serta elakkan untuk mengunjungi sungai atau air terjun ketika musim hujan.