“Dia ni dah kenapa,” Kucing Tiba-tiba Berdiri Masa Bermain Buat Netizen Terhibur

Terdapat banyak sebab mengapa haiwan seperti kucing ini sering menjadi perhatian dan popular dikalangan masyarakat untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan.

Selain daripada memiliki penampilan fizikal yang comel dan gebu, binatang ini turut membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terpikat untuk dijadikan sebagai teman istimewa apatah lagi sejenis sukakan perhatian dari manusia untuk bermanja.

Ada sahaja gelagat pelik yang hendak dilakukannya dan terkadang diluar jangkaan pemiliknya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimanaseekor kucing ini tiba-tiba dilihat berdiri ketika sedang aktif bermain mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yaang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @nuraaaliee, kelihatan beberapa ekor anak kucing yang sedang aktif bermain di luar rumah.

Namun ada seekor kucing dengan spontan berdiri dan berjalan beberapa langkah. Selepas itu, kucing itu kembali bermain seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Bukan sahaja mengundang dekah ramai, namun telatah nya itu juga sangat comel. Manakan tidak, lihat sajalah cara dia melompat-lompat tu! hehehe

Video yang tular di laman TikTok:

@nuraaalieeDia ni dah kenapa♬ เสียงต้นฉบับ – POCIKI | NINJA

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah kucing tersebut yang mungkin lupa dirinya hanyalah seekor kucing! hahaha

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga sempat berseloroh mengatakan pasti kucing yang lain juga turut berasa pelik melihatnya yang sedang ‘melawan hukum kucing’.

Dalam waktu yang sama, ada juga yang menganggap mungkin juga kucing itu sebenarnya ‘rosak’ dan perlu digantikan dengan yang baru.

Berikut merupaka komen-komen warga maya:

“tengah practice jalan macam manusia tu”

“ha tengok ni korang boleh diri macam aku tak? ha tak boleh? lemahhhh”

“kucing sekarang memang banyak bug ke?”

“member pun pelik asal dia ni”

“melawan hukum kucing”

“kucing tu dah rosak tu”

Kredit: YOY Network

Default image
admin
Articles: 1052