“Dia sangat menyenangkan” Ditanya Jika Sari Jenis Meminta-Minta, Jawapan Jep Buat Ramai Terharu

Sebut sahaja nama Jep Sepahtu atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin, tentu terngiang-ngiang lawaknya yang spontan. Manakan tidak, ada sahaja lawak spontan yang hendak dibuatnya untuk buat penonton tidak kering gusi.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, Jep sering menjaga hati isteri tercinta jika bergandingan dengan artis jemputan wanita di pentas. Walaupun dalam keadaan ‘menjaga batas’, namun lawak Jep tetap menjadi dan tidak pernah hambar!


Terbaru, semalam merupakan hari kelahiran isteri tercinta, Sariyanti yang ke 38 tahun. Jep bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan yang cukup istimewa bahkan dia juga menjelaskan pada tahun ini tiada sebarang kejutan buat isteri tercinta atas faktor kekangan masa.

Namun apa yang membuatkan ramai kagum adalah, apabila ditanya adakah Sariyanti merupakan seorang yang meminta-minta namun jawapan yang diberi membuatkan ramai tersenyum.


“Yang dia kena tahu, saya sangat sayang dia.. dia sangat menyenangkan.. saya banyak belajar dari dia” ujar Jep.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terharu dengan ucapan yang diberikan oleh Jep malah mengakui Jep merupakan seseorang yang sangat menghargai isterinya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut menitipkan ucapan hari jadi kepada Sariyanti sekaligus memuji kecantikannya walaupun sudah bertambah umur.

Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga dengan Sariyanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari. Hasil perkongsian hidup selama 5 tahun, mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Dariya Inara,
Muhammad Khidir dan juga Abu Bakr. Dua zuriat hasil perkahwinan Sari yang terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Hag turut tinggal bersama.

Antara komen warga maya:

“Sweetnya jep..”

“Selamat hari lahir.. semoga dipanjangkan umur, sihat dan bahagia selalu..”

“Untungnya sariyanti dapat suami sweet”

“Baru ni nampak jep serius”

“Jep tak segan pun bagitau dia belajar dari isteri dia.. malah dia happy share dekat semua orang.. semoga rumah tangga kekal sampai syurga”


Video yang tular di laman TikTok:

@sariyantimn alhamdulillah 38 tahun hari ni. Ya Allah redhailah dan rahmatilah Sari Yanti dari dunia hingga akhirat 🤲amin.. terima kasih semua yang mendoakan. @Jeptapan #sari #jepsepahtu #sari38 #fypシ #fyp #jepsari ♬ original sound – SARIYANTIMN