“Dia telan cakra khan ke?” Suara Pemuda Dari Sarawak Buat Cakra Khan Sendiri Tergamam

20 Januari lalu, penyanyi bersuara unik dari Indonesia buat pertama kalinya mengadakan konsert di Malaysia yang dinamakan Cakra A Decade Khan.

Iospital phone repair gombak

Konsert yang bertempatkan di Plenary Hall KLCC minggu lepas itu dihadiri oleh ramai peminat juga artis- artis tanah air!

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan reaksi tergamam Cakra Khan ketika berduet dengan seorang pemuda dari Sarawak.

Menerusi video yang dimuat naik, suara pemuda yang dikenali sebagai Bob itu persis suara Cakra Khan, menyebabkan audiens di situ keliru.

Bagaimanapun, mereka menepuk tangan sebaik sahaja Bob membuka mulut menyanyikan lagu idolanya, sebagai tanda support terhadap pemuda itu.

Mana tidaknya, kita semua memang sedia tahu suara penyanyi berbakat besar ini memang lain daripada yang lain.

Namun tak sangka ada juga insan selainnya dikurniakan suara yang hampir sama seperti penyanyi ini.

“Bila ada orang Sarawak suara sama dengan Cakra Khan,” tulis pemilik video tersebut, membuatkan netizen turut teruja melihat keserasian mereka di atas pentas.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah berjaya mencecah tontonan sehingga 541.9 ribu serta meraih 74.2 ribu tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji kelunakan suara lelaki yang pernah tular sebelum ini kerana menyanyikan lagu Melly Goeslaw.

Malah, netizen turut berseloroh mengatakan Bob ‘menelan’ Cakra Khan kerana suara mereka yang hampir sama.

Berikut antara komen-komen netizen di tikTok

“Akhirnya trcapai hasrat bob tuk colab gn idola nya. Lepas viral msuk tv dikomen oleh Melly Goeslow terbaik bob tahniah !!”

“Wehhh dia telan halkum cakra khan🤣”

“”Anda terlalu cakra khan untuk saya” kata cakra khan kepada brader tersebut”

“Suara dia lg cakra khan berbanding cakra khan original 😂😂”

“Dia telan cakra khan ke .. hampir sama dh suara diorg”

Video yang tular di laman TikTok

@apizzhassanCakra pun tergamam 😅♬ original sound – apizzhassan