Didatangi ‘Pemilik Asal’ Selepas Beli Baju Bundle, Wanita Ini Cerita Rakan Diganggu Setiap Malam

Pemakaian baju bundle bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita hari ini.

Malah terdapat banyak kedai-kedai menjual pakaian terpakai yang kebiasannya diimport dari luar negara ini.

Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan kisah-kisah menarik mengenai peminat-peminat bundle, kali ini lain pula buat wanita ini yang mempunyai pengalaman berbeza daripada apa yang selalu kita dengar sebelum ini.

Satu perkongsian yang dibuat di Twitter tular oleh @Billiesya berkongsi kisah seram bagaimana rakannya melalui pengalamannya selepas membeli sehelai baju dari salah sebuah kedai pakaian terpakai di Pahang.

First of all, my friend go to satu kedai bundle ni dekat Raub. Then she buy satu baju hoodie. cantik tapi dekt bhgian tengkuk ada tanda merah macam darah la. so dia beli then ” Balik kang basuh hilang lah tu ” . 

So then balik basuh, mmg hilang darah tu. Then mcam biasa lah kita keluar ootd pe semua okay je but one day dia mimpi yang ad orang cari dia. dia kata ” aku nk barang aku “. dia terkejut. dia terjaga. bangun 3 pgi ws aku ckp xleh tido.

Then, aku teman lah kan. Hari kedua pun mcm tu. smpai one week dia dah tk tahan kenapa dia mimpi mcm tu.

So, bgtau ummi dia bawak jumpa ustaz. ustaz tanya lah macam2 en. ad g tmpt tk elok ke waktu maghrib. ada usik barang org ke. ada bawak balik barang yg x sepatutnya ke

Episod rakannya diganggu ketika tidur itu menurutnya berlanjutan sehingga seminggu sebelum mereka akhirnya memutuskan untuk berjumpa dengan seorang ustaz bagi mendapatkan nasihat mengenai perkara itu.

Selepas bertemu dengan ustaz tersebut, mereka kemudiannya ditanya sama ada pernah membeli barang-barang dari rakannya atau dari ‘kedai-kedai yang pelik’ sekaligus mengingatkan kembali mereka pernah membeli pakaian bundle sebelum ini.

Then, ustaz ad tnya. “awak ad ke beli barang² dri kawan awak or kt kedai2 pelik “. So mmber aku pun cakp xdk . Puas fikir smpai nk tercabut otak HAHAHAHA. astu aku ckp lah, ” kau hritu beli baju bundle kan. kau cakap ad kesan darah dekt tengkuk baju tu “.

Time tu baru teringat mmg double confirm ah . jumpa balik ustaz bgtau psl baju tu. ustaz pun ckp ” kalau mcm tu kita g jumpa owner kedai ” . Kawan aku setiap malam tido ngn adik² dia sebb takut. Tiap² malam kibas katil, lepstu ustaz ad baca2 air tu, air tu renjis dekt atas katil.

Lepastu, dh inform kt ustaz psl baju tu . esok tu kitorg g balik kedai bundle. tanya pekerja dia tpi pekerja dia ckp mmg amik stock kt luarlah apa bagai. lepstu ustaz nk jumpa owner bundle tu. Mujur melayouuu. mudah bahasa sikit bila ckp psl makhluk halus kacau ni.

Selepas mendapatkan nasihat ustaz tersebut, dia dan rakannya kemudian memutuskan untuk kembali ke kedai bundle tersebut bagi bertanyakan kembali kisah di sebalik baju yang dibeli rakannya sebelum ini.

Walaupun pemilik kedai tersebut enggan membuka mulut pada awalnya, namun mereka bernasib baik kerana ustaz yang turut datang bersama mereka mengetahui sekiranya seseorang itu berbohong atau tidak.

Owner laki tu mula xnk mengaku pape. tapi ustaz kan pandai dia tau mana yg menipu mana yg tak. tak lama tu baru dia bgtau hal sebenr. Dia cakap lahhh…………………..

Dia ckp baju yg dia amik tu baju dari orang yg meninggal excident motor. ustaz tanya lah mcm mana dia amik pesemua. So dia cerita lah dri a-z. Ustaz pun cakap ” Kalau awak tau siapa tuan punya baju, lebih baik awak pulangkan secepat mungkin “.

Selepas mengetahui kisah sebenar di sebalik baju bundle yang dibeli, rakannya itu menurutnya terus memulangkan baju tersebut.

Bagaimanapun, rakannya itu terpaksa dirawat sehingga seminggu selepas kejadian itu kerana mengalami kesukaran untuk tidur kerana masih teringat-ingat akan kejadian tersebut.

Ustaz rawat dia selama seminggu, kitorg pulang kan terus baju tu. Then sejak daritu kawan aku dh tk beli baju bundle. sekian.

Baik nya : Check dulu sebelum beli. Buruknya : Kalau takut jangan beli. Cerita ni mmg citer betul, tpi dah lama lebih kurang 2017 mcm tulah. Aku teringat smpai sekrg. Aku jarang beli bundle tp itu tak bermakna aku x pakai langsung. selalu aku beli kt jalan² japan.

Sehingga hari ini, perkongsian kisah sera yang dibuat gadis ini sudah mencatatkan hampir 12,000 retweet dan lebih 24,000 likes di Twitter.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan berkongsi pengalaman yang hampir sama berlaku kepada mereka sebelum ini.