Digelar Anak Semut, Budak Lelaki Ini Menangis Disakat Kakaknya Buat Netizen Terhibur

Adik bongsu sering kali kita lihat menjadi mangsa buli atau mangsa sakat oleh kakak-kakak atau abang-abang mereka. Ada sahaja akal si kakak atau abang ini nak mengusik si adik.

Ada yang sehingga menangis meraung meminta pertolongan daripada si ibu untuk backup diri si bongsu ini. Pun begitu, usik-usik ini bukanlah kerana perasaan benci atau tidak sayang. Niat mereka hanyalah untuk bermanja mesra dengan si adik.

Persis dengan kejadian yang dikongsi oleh seorang ibu dengan lapan orang anak memaparkan anak bongsunya, Adib telah diusik oleh dua orang anak perempuannya.

Menerusi perkongsian YOY Network, video yang dikongsi,dua orang kakak budak lelaki tersebut telah mengatakan bahawa dirinya itu bukanlah anak kandung ibu mereka namun sebaliknya!

Apa yang lebih membuatkan netizen berdekah adalah apabila salah seorang kakaknya berkata adiknya itu anak semut yang dijumpai di bawah gelongsor!

Kakak Adib yang lagi seorang hanya mampu mengangguk tanda sokong sambil tertawa melihat situasi tersebut.

Si adik yang tak dapat menerima kenyataan terus meluru mendakap ibunya sambil menangis. Ibu kepada lapan orang anak atau lebih dikenali sebagai Siti itu turut tertawa melihat gelagat anak-anaknya.

Siti juga sempat menyuruh anak perempuannya itu untuk berhenti menyakat Adib.

“Mak semut mesti tengah cari dia sekarang ni ibu, ibu pulangkan dia sekarang ibu”

Video yang dimuat naik oleh Siti telah mencuit hati ramai sehingga mencecah tontonan sebanyak 1.2 juta kali! Diikuti dengan 93 ribu tana suka, 1569 komen dan 912 kali perkongsian!

Video yang tular di laman TikTok

@sitideraman1 Kesian adiknya😅😅#fypシツ ♬ original sound – Siti

@sitideraman1 Terseksa adik² kalau dapat kakak mcm ni😅😅#fypシツ ♬ original sound – Siti

@sitideraman1 Hahaha adoiii jenuh😅😅#fypシツ ♬ original sound – Siti

@sitideraman1♬ original sound – Siti

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya ketawa melihat gelagat si kakak yang membuatkan si adik menangis mendapatkan ibunya. Ramai juga yang boleh relate dengan situasi tersebut kerana difahamkan mereka juga suka menyakat adik bongsu mereka.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Therapist: what traumatized you? Him: semutt 🥲”

“kuajar laaa😂 mesti jauh jarak kan dpt adik tu😂😂 aku ada seketul adik mcm tu😂😂😂”

“Hahah.. sian adik bongsu .. dulu kita pun suka usik adik bongsu macam ni😂😂😂”

Default image
admin
Articles: 1052