Dihentam Gara2 Lawat Lokasi Banjir Tanpa Jaket Keselamatan, Bell Ngasri Bidas Semula Kecaman Netizen

Bermula dari minggu lepas, negeri pantai timur terutamanya terjejas teruk dengan banjir. Banyak keluarga yang menjadi mangsa bencana alam ini terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Iospital phone repair gombak

Antara langkah yang diambil oleh pihak kerajaan adalah memindahkan mangsa-mangsa ke pusat pemindahan sebagai penempatan sementara.

Dalam pada itu, tak kurang juga artis dan influencer yang turut sama turun padang menghulurkan bantuan, sedikit sebanyak meringankan beban.

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri turut tidak melepaskan peluang untuk melawat kawasan yang terkesan dengan air bah sejak tempoh hari. Dia turut berkongsi pengalamannya itu ke laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu menerima kecaman netizen setelah melihatnya menaiki bot di Terengganu tanpa menyarungkan life jacket atau jaket keselamatan.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, segala peralatan di kawasan bencana sememangnya terhad dan dia juga hanya meninjau lokasi-lokasi yang kurang berisiko.

“Ini bukan rancangan memancing tapi semalam misi membantu mangsa banjir. Air bergoncang. Pasti ada netizen nak hentam saya tak pakai baju keselamatan.

“Tapi saya nak bagitahu, saya berlegar di tepian je dan masa musibah, benda bukannya semua ada persediaan. Tau nak hentam je kerja korang ni,” tulis pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Tambahnya, daripada kita sibuk mencari kesalahan, lebih baik kita sama-sama menolong mangsa-mangsa banjir ini.

“Saya siap naik bot pon bukan dalam sungai. Bawah tu ada jalan raya, bus stop dan lain-lain.

“Ni pon orang-orang yang bantu. Dari korang duk sibuk aku pakai baju, elok korang datang tengok sendiri. Sudahla,” luahnya.

Terdahulu, Bell ke Terengganu bagi menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi misi menyampaikan sumbangan buat mereka yang terjejas akibat musibah banjir di Pantai Timur.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meminta agar Bell menjaga dirinya dengan baik. Selain itu, usaha murninya turut menerima pujian ramai termasuklah rakan-rakan artis.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram

“salute @bellngasriofficial .. semoga urusan dipermudahkan dan dapat keberkatan”

“Smuga segala urusan dipermudahkan .. Jg diri bebaik Cik ..”

“Disarankn jika ada lifejacket tolg pakai…harap peristiwa buruk tdk brlaku…semoga dipermudahkn urusan aamiin…”

“Aku baru nak sound.. tgk2.. dia yg sound dulu.. 😒 apa2 pun good job”

Hantaran yang tular di laman Instagram