“Dikerat & ditanam belakang rumah,” Wanita Kongsi Pengalaman Sewa Rumah Berhantu, Rupanya Ada Sejarah

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Kadangkala makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Macam yang kita tahu, rumah yang ditinggalkan manusia akan menjadi kediaman jin dan iblis. Sudah tentu rumah yang pernah ditinggalkan juga mempunyai ‘kisah’nya yang tersendiri.

Sudah tentu sebagai penghuni baharu, akan merasai pengalaman seram seperti diganggu, diseru nama, mimpi pelik-pelik dan sebagainya.

Terbaru, tular satu perkongsian daripada Nazira Frijand Ali yang berkongsi pengalamannya menghuni sebuah rumah yang cukup misteri.

Apa yang lebih menyeramkan, rumah itu ada sejarah pembun*han mengerikan hingga dia sendiri mengalami pelbagai peristiwa yang sangat menyeramkan.

Ini merupakan sebuah kisah benar Nazira dalam Kelab Cerita Hantu Malaysia (KCHM). Kisah ini mempunyai dua bahagian. Mari kita hayati dan selamat membaca!

(PART 1) Mati kena bun*h, may*t dikerat dan ditanam di belakang rumah

Salam semua. Harini teringin nak kongsi pengalaman seram saya tinggal di sebuah rumah yang pernah berlaku pembun*han.

Dijadikan cerita saya memang seorang yang dianugerahkan mata dan deria yang mudah nampak / rasa bila ada suatu tak kena.

Dalam 25 tahun dulu saya pernah berpindah ke sebuah rumah sewa agak besar tapi murah sewanya. Masa tu happy juga walaupun dalam hati ada terdetik rasa tak sedap hati juga tengok pakcik yang menyewakan rumah ni untuk kami.

Dia tak ada ‘eye contact’ bila dia bercakap dengan saya. Dan dia sendiri tak berapa mau bercakap dengan saya. Dalam hati saya cakap takpalah bukan aku nak becakap ngan dia hari-hari pun.. Persetujuan dicapai dan kami berpindah masuk. Semua berjalan lancar.

Kecuali ada satu yang pelik – anjing akan menyalak di depan rumah kami memalam. Menyalak style menangis sedih tu. Pada malam hari ke-7 saya tinggal kat situ lebih kurang. Malam kami tidur macam biasalah. Rumah takda orang jadi saya memang tak tutup pintu bilik pun tidur.

Tetengah lena tidur tu tiba-tiba saya terjaga. Tersentak macam rasa kena kejut bangun tu. Buka-buka mata, saya terus terpandang ke pintu bilik. Depan pintu bilik saya nampak ada seorang tua yang agak pendek, berdiri tegak memandang saya tajam dengan di tangan dia ada memegang kepala orang yang berdarah.

Dia macam orang lama. Macam orang dulu-dulu. Saya terkejut dan segera mengejutkan suami kat sebelah. Kata ada orang dalam rumah. Dan serentak dengan tu orang tua tadi macam terbang dibawa angin menuju ke dapur.

Suami saya bangun dan pergi check semua pintu dapur dan tandas dan kami tak jumpa apa-apa. Lalu suami pon cakap yang saya mungkin mengigau. Hati memang jadi tak sedap sejak tu…. Tapi saya pon buat macam biasa pergi office balik office buat kerja rumah macam biasa.

Sampailah lebih kurang 2 minggu saya pindah. Balik dari office dah hampir Maghrib. Saya terus ke dapur nak sesiap barang masak makan malam. Suami masih di luar menjirus lantai depan.

Tengah-tengah basuh pinggan di singki saya dengar satu bisikan halus di telinga saya, “Eja..Eja…” lembut aja dia panggil saya sampaikan saya boleh rasa hembusan nafas tu kat telinga kiri saya.

Punyalah terkejut saya menoleh tengok takda orang. Panggil suami dia masih di luar. Kami tinggal berdua jadi siapa yang bercakap tepi telinga saya? Sekali lagi suami saya cakap “Takda apalah awak penat tu”. Masih terbawa-bawa takut mimpi saya. Saya abaikan.

Sebulan berlalu. Gangguan suara terus saya alami sampaikan saya demam. Ada masa saya nak baring di tempat tidur pon saya dengar dia panggil dan bisik kat tepi telinga saya. Lembut dan anginnya suara tu saya boleh rasa.

Dijadikan cerita suami pula jenis kerja di luar kekadang outstation dan saya terpaksa tinggal seorang dirumah. Satu malam tu saya mula bermimpi. Mimpi ada orang yang dibun*h dan dikerat-kerat kat rumah tu.

Percikan darah penuh di dinding. Saya tersedar. Berpeloh-peloh ni. Mimpi tu mengejutkan sangat sampai saya tak boleh nak sambung tidur saya. Terkebil-kebil dok memikir “Apa hal dengan aku ni…”

Malam esoknya saya mimpi lagi. Dinding penuh percikan darah dan kali ni nampak pulak may*t ditarik dan diorang gali lubang belakang rumah tanam may*t kat situ. Lagi berderau darah ni bila terjaga.

Berkali-kali mimpi yang sama buat saya rasa tak puas hati. Saya pergi cari kat belakang rumah. Cari kat semak-semak tu tempat may*t ditanam macam dalam mimpi saya. Dan percaya atau tak kali ni saya jumpa satu kawasan yang mendap macam bekas pernah digali.

Saya punyalah takut dan lintang-pukang saya lari masok ke rumah. Nak cerita kat suami rasanya dia memang akan cakap saya mengarut. Saya senyap lagi. Dah mula syak ada orang kena bun*h kat rumah aku ni. Dan dah mula rasa bebetol rumah aku berhantu ni!

Fikir dan fikir teringat petua lama soh cari ikan puyu kalau rumah ada penghuni lain, saya pon pergi ambil ikan puyu belaan arwah nenek yang besar dan garang. Saya bawa balik dan letak di rumah.

Pagi ni saya letak, tak sampai beberapa jam pon ikan puyu tu dah melompat keluar balang dia dan melompat keluar rumah. Dua kali dia keluar macam tu saya masokkan semula dalam rumah.

Petang tu ikan puyu mati dalam balang. Badannya cedera bercalar-calar macam bergaduh. Matanya macam tersembul keluar. Saya pelik. Tapi saya tanam aja ikan tu.

Maghrib tu macam biasa saya solat. Tapi kali ni satu yang lagi benda pelik berlaku. Lepas solat Maghrib saya mula nampak percikan darah yang macam sama dengan dalam mimpi saya. Tapi kali ni real. Dinding rumah tu memang macam bebetol ada percikan darah.

Saya terpaku badan naik gigil. Tanya kat suami dia nampak tak? Suami kata tak nampak pon. Saya diam. Saya teruskan mengaji. Saya buntu betol masa tu. Tak tau nak cakap macam mana. Cerita kat suami dia tak berapa nak percaya. Saya amalkan mengaji, mengaji & mengaji.

Sampai satu hari suami outstation lagi. Malam tu macam biasa saya tidor sorang. Anjing depan rumah macam biasa menangis sayu tak tau apa yang dia sedih. Saya sumpah takut hari tu. Tidur bawak Quran kot. Pelik Quran punya takut.

Tak sampai bapa lama anjing menyalak saya dengar tapak kaki berjalan atas atap. “Asudahhh! Sapa pulak jalan atas atap aku ni!”. Memang bunyi kaki orang jalan. Dia jalan dari bilik saya dan turun ke pintu dapur.

Hati lega dengar dia dah turun tapi dia tak berhenti di situ. Dia cakar pulak pintu dapur tu. Cakar macam dengar bunyi cakar fready night mare tu weyyy. Akak ko punya gigil sampai nangis tidor.

Ok lah panjang sangat ni len kali akak cerita part 2. Macam mana suami boleh percaya dan macam mana kami usaha berubat rumah tu. Dan macam mana kami keluar dari rumah tu selepas jadi orang paling lama tinggal kat situ – 5 bulan.

(PART2) Mati kena bun*h, may*t dikerat dan ditanam di belakang rumah

Salam semua semoga terhibur. Lepas tu saya demam. Badan rasa lemah. Tak pergi office. Suami juga ada kursus di luar kawasan. Jadinya tinggal saya seorang di rumah.

Bunyi derapan kaki jelas kedengaran atas atap rumah saya. Memang bebetol ada orang berjalan ni. Dengan anjing menyalak-nyalak saya memang betol-betol takut.

Tak lama lepas tu dengar bunyi macam orang turun di dapur. Saya lega. Dia dah lari. Tapi tak habis kat situ, dia cakar pulak pintu dapur saya . “Srappppp srapppp!” bunyi macam kuku panjang mencakar pintu.

Malam tu tak tau berapa kali saya baca ayat Qursi berapa kali saya baca Yaasin. Ada juga yang ke laut bacaan saya sebab dek takut. Tak lama lepas tu dia diam. Saya menggigil. Nak tidur pun tak lepas sebab takut.

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu saya keluar dari rumah. Keluar sendiri. Masa ni saya bawa motor besar lagi. Jadi saya start motor nak keluar rumah. Tak jauh lagi nak tinggalkan rumah, saya kena langgar pulak dengan satu lembaga besar yang buatkan saya sampai terbabas.

Dia macam angin yang kuat tetiba langgar peha saya. Nasib dapat control motor dan tak jatuh atau accident. Saya balik pulak semula ke rumah. Badan sakit habis. Peha lebam punyalah besar, saya pon terkejut tengok sebab saya tak nampak pon benda tu.

Tapi macam mana boleh buatkan lebam dekat hampir separuh peha saya. Suami balik saya tunjuk dan cerita apa yang terjadi. Suami mula nampak ambik tau tapi macam biasa jugalah, dia kata takpalah nanti kita cuba tanya mak / orang tua.

Maghrib menjelma. Macam biasa waktu Maghrib aja saya memang dalam keadaan takut dan berjaga jaga. Saya tau memang dia rajin mengacau saya waktu ni. Saya sesiap awal hari tu dok atas sejadah nak solat. Siap solat saya mengaji. Saya nak buat air Yaasin.

Tengah saya baca Yaasin pada air tu, saya nampak satu lembaga hitam yang tinggi, bertelinga panjang mata merah menyala, menjengket-jengket menerpa ke arah saya dengan laju. Dia macam nak terkam saya. Tapi dia tak dapat dekat pulak dengan saya. Jadi dia hilang.

Masa dia nak menerkam tu saya jerit dan tutup mata. Suami perasan saya menjerit dia datang. Saya kata “Ada hantu dalam rumah ni jom pindah!”. Suami suruh saya sabar. Dia suruh saya siap-siap nak pergi rumah kawan dia. Dia pon bersiap kat bilik sesorang.

Entah apa jadi tiba-tiba suami saya pulak menjerit kuat! Menjerit sambil melompat keluar dari bilik dengan muka pucat lesi. Saya yang tak siap lagi pon dia terus suruh masok kereta kami keluar malam tu.

Dia senyap tak cakap apa-apa. Tangan dia menggigil pegang stearing. Kejap lepas tu baru dia kata dia nampak ada makhlok yang masok kot tingkap bilik tu dan menerkam ke arah dia. Ha baru dia percaya cakap saya.

Malam tu kami tak balik. Esoknya kami pergi berjumpa seorang ustaz. Ustaz buatkan air untuk saya basuh rumah tu. Dan kami buat macam arahan ustaz. Basuh dan renjis rumah dengan air yang ustaz baca.

Tengah-tengah renjis waktu hampir Maghrib, tiba-tiba saya nampak satu bungkusan kuning jatuh dari aras pintu depan. Saya hairan juga sebab sebelom-sebelom ni saya mengemas, pasang langsir, tak pernah pulak ada nampak bungkusan ni. Saya bagi pada suami.

Suami buka bungkusan tu dan alangkah terkejutnya kami dalam bungkusan tu ada selaras ibu jari siap berkuku yang dah kering. Ya! Jari orang. Bukan jari ayam / binatang.

Suami menggigil-gigil pegang. Berlari pergi sungai berhampiran rumah kami dan buangkan ke sungai. Tak terfikir masa tu kami nak pergi balai ke nak bawak jumpa org tengokkan ke. Takut sangat! Memang sangat-sangat menakutkan.

Tak berhenti kat situ rupanya. Dia makin marah. Kalau dulu dia terjengket-jengket nak menerkam saya, lepas kejadian tu dia semakin berani ganggu saya. Mimpi jangan cakaplah kena potong, buat ritual, kemenyan, jin, mutiara hitam, memacam mimpi yang melangkaui akal fikiran.

Kami mula menyiasat rumah siapa dan siapa yang tinggal kat rumah kami sebelom-sebelom ni. Rupanya memang orang tak boleh tinggal lama di sini. Paling lama 2 minggu / sebulan sahaja orang tinggal kat sini. Dan rumah ni pon dah lama kosong tak berpenghuni sebelom ni.

Rumah ni rumah bekas b***h yang membun*h. Dia membun*h di sini dan ada yang mati di situ. Apa yang saya mimpi tu rupanya adalah perkara yang berlaku kat rumah tu.

Sehinggalah saya sendiri kerasukan dan suami panggil ustaz ke rumah. Ustaz nasihatkan kami berpindah sebab gangguan di rumah tu sangat kuat. Dan kalau saya tak berpindah mungkin saya / janin saya akan dimakan jin tersebut.

Dua hari lepas saya kerasukan dan bermimpi jin tu nak bagi saya makan sesuatu, kami terus pindah. Inilah pengalaman saya tinggal 4 bulan dirumah yang berlaku pembun*han.

Ini lah pengalaman saya tinggal 4 bulan dirumah yg berlaku pembun*han.