Disergah Kelibat Tengah Main Langsir, Lelaki Ini Kekal Tenang Walaupun Sebenarnya Cuak Habis

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Ada yang percaya makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan namun terkadang dia hanya memberikan ‘hint’ untuk memberitahu bahawa mereka ada diekeliling kita.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana lelaki initelah diganggu ketika di dalam sebuah hospital mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mrwongtokmie, dia yang merupakan pesakit di hospital itu tidak dapat tidur lena kerana terdengar bunyi yang aneh di sekitar katilnya.

Bukan itu sahaja, lelaki ini juga sempat merakam satu situasi seram dimana langsir di hospital itu bergerak dengan sendiri dan bila diperhatikan, tiada kelibat manusia yang berada di sebalik langsir tersebut.

Walaupun cuak, namun dia tetap pura-pura tenang sambil menarik selimut untuk tidur namun tiba-tiba kedengaran satu bunyi yang sangat kuat membuatkan dia terkejut.

Tidak cukup dengan itu, ‘makhluk’ tersebut juga sempat bermain-main dengan lampu di dalam wad tersebut. Berdasarkan kapsyen di dalam video, lelaki berkenaan sempat berseloroh mengatakan mungkin dulu ‘dia’ merupakan electrical man.

Beberapa ketika selepas itu, kelihatan satu kelibat ‘seseorang’ seperti sosok seorang lelaki berbaju putih membelakanginya. Namun entiti tersebut hanya muncul dalam beberapa saat lalu terus ‘lesap’.

Video yang tular di laman TikTok:

@mrwongtokmie Makcik Cleaner kot🥶👻KORANG agak?#seram #creepy #paranormal #smiemiezachannel ♬ original sound – Mr Wong

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 215.2K tontonan, 22.1K tanda suka, 839 komen dan 558 perkongsian di appikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut meremang bulu roma melihat lelaki tersebut diganggu sebegitu rupa oleh ‘makhluk’ tersebut.

Bukan itu sahaja, malah ramai yang mengakui bahawa hospital merupakan antara lokasi yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah seram terutamanya pada waktu malam sehinggakan petugas di hospital sudah ‘lali’ dengan perkara sebegini.

Berikut merupakan antara komen warga maya: