Ditalak 3 Semasa Hamil 6 Bulan, Bekas Suami & Makwe Tampil Beri Penjelasan

Lumrah kehidupan bagi setiap pasangan yang mengikat pertalian halal sudah tentu mengharapkan ianya berkekalan sehingga ke hujung nafas yang terakhir.

Namun siapa sangka, segala-galanya musnah oleh kerana hadirnya orang ketiga yang merosakkan hubungan rumah tangga suami isteri.

Apa yang lebih menyakitkan, suami yang kita anggap pelindung dan ketua rumah tangga berubah menjadi manusia yang tidak berhati perut dan sanggup merosakkan mahligai yang telah dibina.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana suami kepada wanita ini didakwa sedang hanyut bercinta bersama skandal baru sedangkan isteri bersusah payah menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan hamil.

Dakwa suami check-in hotel

Menerusi perkongsian wanita yang dikenali Eliya Syafira di Faceebook, dia dikatakan tidak hanya membuta tuli dan bercakap dengan mempunyai bukti. Dia turut menyertakan sekali beberapa bukti kecurangan sang suami bersama perempuan tersebut.

Tak cukup dengan itu, perempuan itu juga turut mengikutinya di media sosial bagai hilang rasa malu dan bersalah menghancurkan rumah tangga orang lain.

Eliya Syafira juga memuat naik kecurangan suaminya bersama seorang perempuan lain sehingga didakwa ke bilik hotel.

“Memang ikutkan apa aku buat ni salah, tapi apa yang diorang buat belakang aku lagi salah sebenarnya..2 tahun 1 bulan, tempoh perkahwinan ..hancur disebabkan orang ketiga.”

“perempuan tu pun dengan bangga follow aku dekat ig sbb nak stalk hidup aku, naluri isteri tak pernah salah walaupun dia tutup muka, aku tahu tu suami aku..apa yang aku jumpa, bukti semua ada..”

“Kau check-in dengan perempuan ni, dalam keadaan aku tgh MENGANDUNG ANAK KEDUA 6 BULAN..ank pertama baru 11 bulan dengan ada masalah jantung nya lagi. Yes! Kau tak fikir anak-anak..”

“Nak cakap aku tuduh bukan2 tak tahu cerita sebenar semua bukti aku dah ada lah..nak MENIPU apa lagi korang berdua?
B

“Belum masuk bab nafkah kemana apa kemana,aku pernah bagitau suami aku..ketum judi aku senyapkan lagi tapi kalau sampai bab bersama dengan perempuan lain..sorry,aku JIJIK!”

“Sampai hati buat aku mcm ni,aku balik berbaik sbb fikir anak,rupanya tuhan nak tunjukkan sesuatu..dah banyak benda kau tipu aku .

“Untuk Ika mazlan tu,aku dah rasa bahagia yg kau rasa skrg, aku undur diri dengan anak-anak..kau simpan lah jantan ni,tanggung lah dia ya..tiba masa kau pulak rasa apa aku rasa selama ni..”

“Bahagia tu kejap je..terima kasih dah musnahkan rumah tangga aku,aku berterima kasih kat kau sbb dh bagi kekuatan utk aku betul2 pergi dari hidup dia..utk teruskan hidup aku dgn anak-anak aku..”

“Aku mohon korang doakan aku terus kuat dgn anak-anak..tak mampu nak type panjang2 lagi,letih bergaduh mulut mintak penjelasan dari sang penipu..”

Ekoran perkongsian wanita ini mula tular di laman sosial, suami kepada wanita ini akhirnya tampil menjelaskan perkara tersebut.

Lelaki tersebut tampil membuat penjelasan

Menurut penjelasan lelaki tersebut, dia sudah menceraikan isterinya buat kali pertama kira-kira 3 bulan lalu dan sekali lagi melafazkan talak tiga pada 4 November 2021.

Dalam pada masa yang sama, dia menafikan dirinya berlaku curang dengan wanita lain kerana berkenalan dengan wanita tersebut selepas bercerai. Dia turut mendakwa isterinya membuat fitnah terhadap dirinya dan memaklumkan Eliya ‘gila meroyan’ kerana mereka sudahpun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Laporan polis dibuat

Disebabkan dia merasakan dirinya difitnah, lelaki tersebut telah membuat laporan polis kerana isteri seolah membuka aib rumah tangga.

Wanita tersebut tampil menafikan dakwaan

Kisah rumah tangga ini tidak terhenti disitu sahaja, wanita yang dikatakan cuba merosakkan rumah tangganya itu juga turut tampil memperjelaskan lagi isu ini supaya tiada salah faham yang berlaku.

Menerusi perkongsian wanita itu, dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengatakan dia check-in hotel bersama suami orang dan menganggap itu murapakan fitnah yang melampau serta lebih daripada batas.

Namun pun begitu, dia mengaku mengenali suami Eliya namun hanya mengenali lelaki tersebut selepas pasangan berkenaan didakwa bercerai.

Di hujung penjelasan tersebut, dia memaklumkan dia tidak mempunyai sebrang niat untuk merampas hak orang lain dan dia juga mengakui silapnya dimana dia berkawan tanpa memeriksa status individu tersebut.

Wanita itu juga turut memohon agar Eliya Syafira supaya memadam status berkenaan akaun media sosialnya kerana sudahpun membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri.

Isteri menunjukkan bukti penceraian

Bagai dianiaya dan dipermainkan, wanita ini mendedahkan bukti sekaligus ‘kantoi’kan ‘taktik’ suami dan skandalnya itu seolah-olah berkomplot untuk menafikan mereka mempunyai hubungan bagi melepaskan diri daripada dikecam.

Menerusi pendedahan wanita hamil ini, dia sekali lagi memuat naik kenyataan dengan memaklumkan yang sebelum ini mereka bahagia sahaja dan baru kelmarin (4 November 2021) dia ditalak tiga oleh lelaki itu.

Dia juga menjelaskan hubungan perkahwinan mereka baru sebulan dua berantakan dan media sosialnya disekat oleh suami sehingga terpaksa menghubungi orang lain untuk memintanya membelikan susu anak.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bengang dan tidak berpuas hati dengan sikap suaminya yang lepas tangan dan tidak bertanggungjawab.

Apa yang membuatkan para netizen lebih berang adalah wanita itu sedang hamil dan ditinggalkan oleh lelaki tersebut oleh kerana seorang wanita yang tidak berhati perut.

Default image
admin
Articles: 917