Ditawar RM25,000 Teman ‘Mummy’ Satu Malam, Ini Jawapan Fizo Omar

Pelakon Fizo Omar dilihat kembali aktif berlakon malah wajahnya kini sering menghiasi kaca televisyen selepas bergelar duda.

Terbaru menerusi perkongsian di Instagram, Fizo mendedahkan dia menerima tawaran ribuan ringgit hanya dengan menjadi peneman untuk satu malam.

Bagaimanapun, Fizo berkata itu adalah sindiket penipuan yang sentiasa mencari peluang memperdaya mangsa termasuk dirinya. Menerusi Instagram, Fizo turut berkongsikan perbualan antara dirinya dengan individu terbabit.

Fizo memberitahu dia pernah beberapa kali menerima tawaran untuk dibayar beribu-ribu ringgit hingga ada yang sanggup memasukkan duit ke dalam akaun sebelum berjumpa.

“Kadang-kadang terfikir juga apa motif mereka ni? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan.

“Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new dan wanita-wanita pula tak tahulah berapa kan?” kongsinya.

Menyedari bahawa itu hanyalah satu sindiket penipuan, Fizo mengambil kesempatan membalas dengan mesej tersebut meminta agar individu berkenaan mendermakan wang yang mahu diberikan kepadanya itu untuk insan yang memerlukan.

Menurut Fizo lagi, apa yang terjadi kepadanya itu bukan perkara aneh kerana ianya wujud dalam kehidupan seharian.

Fizo juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai supaya mengamalkan sikap menjaga diri sendiri sebelum sibuk menjaga hal tepi kain orang kalau diri sendiri pun tidak terjaga.

Default image
admin
Articles: 818

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.