“Doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman” Abang Naqiu Meninggal Dunia

Salam takziah diucapkan buat penyanyi yang sedang meningkat naik, Naqiu Boboy dan seisi keluarga diatas kehilangan abang sulung kepada penyanyi itu, Huzaini Hussein yang dilaporkan dijemput menghadap Ilahi pada hari Jumaat.

Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Huzaini menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut Naqiu, arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan mereka kali terakhir bertemu pada Syawal dua tahun lalu.

“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa. Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.

“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana berada di Kulim, Kedah.

“Insya-Allah saya akan pulang esok (hari ini) dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya.

Malah menurut juara program Gegar Vaganza 6 (GV6) itu juga, arwah merupakan insan terawal yang mengesan bakatnya dalam nyanyian.

“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari. Jadi, dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.

“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” pinta Naqiu.

Sebelum ini, Erra Fazira yang juga kenalan lama Allahyarham turut memberikan dedikasi terakhir buat arwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

Hari ini saya meraikan teman yg memulakan kehidupan baru dalam berumahtangga.. . . Kemudian saya Menghantar teman saya juga bekas penari dan pengelola keluarga @bersamaerra – zaini, ke destinasi terakhir didunia yang fana ini.. . Zaini, kini sudah tiada..  . Zaini, awak tahu tak, ramai orang sayang awak.. awak kawan yang baik.. awak tak suka mengata pasal orang lain dan awak kuat bekerja.. keceriaan awak membuatkn ramai merindui awak.. Moga awak tenang disana.. segala kenangan waktu kita selalu bersama, sentiasa saya semat dalam hati. Skrg, siapa nak Q saya lirik kat atas pentas kalau lirik saya ke lauttt?? Awak dah tak adaa… . Semoga Allah ampunkan segala salah dosa didunia dan tempatkan awak dalam golongan org yg baik dan soleh.. . Tenanglah awak dsana.. AlFatihah buat mu sahabat..

Erra Fazira menyifatkan arwah sebagai rakan yang baik, tidak suka berkata perihal orang lain dan rajin bekerja.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.