“Doakan suami saya,” Paras Oksigen Menurun, Suami Eina Azman Guna Alat Bantuan Pernafasan

Seperti yang diketahui umum, jumlah jangkitan positif pandemik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setiap hari masih di tahap yang membimbangkan.

Malah, orang ramai disarankan untuk lebih peka terhadap virus ini kerana ia boleh dijangkiti oleh semua peringkat umur tanpa mengira darjat dan pangkat.

Saya, suami dan 2 bibik saya didapati positif

Baru-baru ini, seorang pelakon Datin Eina Azman telah berkongsi satu hantaran di Instagramnya mengenai status terbaru keluarga.

“Salam semua. Dukacita saya ingin maklum kan saya suami dan 2 bibik saya Bik Mega n Bikna didapati positive C19.”

“Macam nak gugur jantung ni bila dapat result, sebab saya selalu buat swab test.”

Saya memang tak sampai hati tengok

“Even last week saya dan suami baru saja buat swab test sebelum buat surgery n result yang keluar negative. Saya taktau macam mana dalam seminggu saya boleh kena.”

“Sedih ya amat bila terpaksa tengok @aubreykarl buat swab test dengan menangis. Saya mmg tak sampai hati tengok.”

Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana

“Sementara tunggu result hati ni risau sangat fikir apa jadi kalau kena dekat aubreykarl or bibik2? Macam mana nak handle? Ya allah taktau nak cakap mcm mana.”

“Tapi alhamdullilah nasib baik @aubreykarl negative dengan kakak saya @wenny_azman.”

Oksigen suami turun naik

“Sekarang saya dah mula demam panas n dah start batuk. Cuma keadaan suami saya kurang ok sebab demam terlalu panas n oxygen dia turun naik.”

“So every 2 days kami kena p hospital untuk jumpa doctor untuk monitor n X Ray. Harini pula our anniversary jadi pula macam ni. Ya allah mmg speechless.”

Saya minta tolong semua doakan kami sekeluarga

“Apapun saya percaya ini semua ketentuan allah dan kami terima dengan hati yang terbuka.”

“Saya minta tolong semua doa kan untuk kami sekeluarga bersama bibik2 semua kembali sihat seperti biasa.”

“Kepada sesiapa yang close contact dengan kami if rasa tak sihat tolong pergi swab test ya.”

Happy Anniversary sayang, I nak u sihat semua macam biasa 

“If anyone yang ada experience dengan virus ini tolong share kalau ada apa2 petua yang boleh kami amalkan.”

“Anyway Happy Anniversary Sayang Ku @datopadukakaiser tiada apa yang I minta hanya doa i nak u sihat semula mcm biasa. Stay strong we can do this together.”

Difahamkan, keadaan suaminya Datuk Kaiser Gurmeet Abdullah kini sedang mengalami penurunan oksigen.

Oksigen suami saya semakin menurun

Datuk Kaiser Grumeet terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan di sebuah hospital di ibu negara.

Beliau juga turut memohon doa orang ramai agar mendoakan suaminya dan berterima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan mereka sekeluarga.

“Assalamualaikum semua. Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.

“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus C19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen. Terima kasih semua.”

Janji pada saya balik rumah cepat ya sayang

Bukan itu sahaja, Datin Eina Azman juga turut meninggalkan pesanan buat suaminya agar suaminya dapat segera sihat dan pulang ke pangkuan keluarga.

“Janji pada saya balik rumah cepat ya sayang. Sayang, I tahu you kuat. You kena cepat sihat dan tolong kembali kepada saya dan AubreyKarl.”

“Saya sayang awak sangat. Kami tunggu di rumah,” tulis Eina lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@eina_azman)

Kedua anak kembarnya disahkan negatif

Sebelum ini, Eina memaklumkan dia, suami dan dua lagi pembantu rumahnya disahkan positif manakala dua cahaya mata kembar mereka iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia lima tahun tidak dijangkiti virus berkenaan.

Pasangan suami isteri itu turut meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinan walaupun dalam keadaan tidak sihat ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@eina_azman)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar keluarga Eina Azman kembali sihat dan pulih.

Kredit: YOY.MY