Dua Anak Jagaan Ditampar Bertalu-talu & Diketuk Sudip Kayu, Pengasuh Ini Buat Netizen Berang

Tidak berhati perut!

Itulah yang boleh dikaitkan beberapa video memperlihatkan aksi kejam seorang wanita  dipercayai pengasuh yang memukul dan menampar seorang bayi lelaki yang difahamkan anak jagaannya yang tular di Twitter @cocoandbrownie sejak semalam.

Menerusi salah satu video tular, bayi berkenaan bukan sahaja ditampar dan dipukul di bahagian muka. Malahan dia turut dihentak ke lantai meskipun sedang menangis teresak-esak akibat diperlakukan sebegitu rupa.

Apa yang lebih menyedihkan apabila tangisan teresak-esak bayi ini langsung tidak dipedulikan walaupun sedikit.

Video yang tular di laman Twitter:

Selain bayi ini, seorang lagi kanak-kanak lelaki turut berdepan perkara sama apabila turut tular video memaparkan dia ditampar tanpa belas ihsan selain tangannya direntap secara paksa.

Difahamkan dua kanak-kanak ini merupakan adik beradik yang dihantar untuk dijaga oleh wanita berkenaan.

Tidak sekadar menggunakan tangan, wanita yang didakwa mengalami masalah mental ini turut dilihat memukul kanak-kanak itu menggunakan sudip.

Meskipun tidak kelihatan sosok tubuhnya, suara tangisan kanak-kanak ini dan bunyi pukulan sudip begitu jelas didengari.

Menurut individu yang memuat naik video berkenaan, insiden yang melibatkan pengasuh berusia lingkungan 50-an ini berlaku di sebuah rumah flat bersebelahan Universiti Sains Malaysia, Taman Utama Gelugor, Pulau Pinang.

Jelas pengguna Twitter itu, kejadian ini sepenuhnya dirakam oleh anak tiri pengasuh berusia 11 tahun yang turut didera.

Ketika artikel ini dituis, video tersebut telah meraih 194K tontonan, 10.7K retweet dan 2630K tanda suka di applikasi Twitter.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan tindakan wanita itu keterlaluan dan harus segera diambil tindakan. Perkongsian tersebut membangkitkan kemarahan warga maya.

 

Sumber: Twitter @cocoandbrownie